CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

Barcelona dilarang beli pemain

[Copy link]
Post time 4-3-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Barcelona memberi penghormatan kepada penonton selepas menewaskan Real Madrid 1-0 pada separuh akhir pertama Copa de Rey di Santiago Bernabeu, Madrid semalam. – AFP



MADRID: Barcelona tidak dibenarkan membeli pemain baharu pada jendela perpindahan musim panas ini kecuali mereka melepaskan 10 pemain bagi mengurangkan perbelanjaan 178 juta pound (RM953 juta).

Presiden La Liga, ­Javier Tebas berkata, Barcelona sudah tidak mempu­nyai ruang untuk ­berbelanja.

“Setakat hari ini, Barcelona tidak mempunyai sebarang ­ruang dalam bajet mereka untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan akan datang.

“Barcelona terlibat dengan tingkah laku yang boleh dipersoalkan dan telah memberi kesan kepada La Liga, jadi kami bertindak sewajarnya.

“Kami memutuskan mereka tidak boleh lagi menandatangani lebih ramai pemain.

“Mereka telah menjual 700 juta pound (RM3.74 bilion) bagi hak televisyen dan cuba mencari cara berbeza untuk menyelesaikan ­situasi itu tetapi mereka tidak akan dapat melakukannya musim depan.

“Kami mempunyai kawalan ekonomi yang ketat. Pada peng­hujung setiap jendela perpindahan, kami beritahu semua kelab di La Liga apa yang boleh mereka belanjakan.

“Dalam kes Barcelona, mereka perlu mengurangkan per­belanjaan gaji dan pemindahan daripada 650 juta pound(RM3.47 bilion) kepada 450 juta pound (RM2.4 bilion), jadi mereka perlu kurangkan sehingga 200 juta pound (RM1.07 bilion).


ROBERT LEWANDOWSKI

“Jadi kami galakkan mereka menjual pemain kerana daripada jumlah dikumpulkan daripada jualan, mereka boleh belanja 40 peratus,” katanya pada Sidang Kemuncak Bola Sepak dan Perniagaan Financial Times di London, semalam.

Barcelona telah menandatangani Robert Lewandowski, Raphinha, Jules Kounde, Andreas Christensen, Franck Kessie, Hector Bellerin dan Marcos Alonso musim panas lalu ketika masih berdepan krisis ­kewangan.

Tindakan itu memburukkan masalah kewangan mereka ­dengan anggaran hutang ­melebihi 1 bilion pound (RM5.3 bilion).

Presiden Barcelona, Joan Laporta memutuskan untuk menjual sebahagian hak pe­nyiaran kelab pada Jun lalu bagi mengurangkan tekanan kewa­ngan, namun Tebas terus memberi tekanan.

Barcelona didenda 705,000 pound (RM3.77 juta) kerana melanggar peraturan kewangan bersih pada Januari.

Situasi itu boleh memberi masalah buat pengurus, Xavi yang kini mengemudi pa­sukan di tangga teratas La Liga tetapi telah tersingkir dari Liga Juara-Juara dan Liga Europa. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... larang-beli-pemain/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 1.036032 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list