View: 349|Reply: 0
|
Al Nassr mampu gembirakan Ronaldo
[Copy link]
|
|
RONALDO memilih meneruskan kariernya di Arab Saudi bersama Al Nassr selepas bersetuju dengan tawaran kontrak dua tahun setengah kelab itu. – AFP
Al Nassr mampu gembirakan Ronaldo
LONDON – Bekas pertahanan England, Rio Ferdinand tidak merasakan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi dengan menyertai Al Nassr sebagai satu berita menyedihkan buat pemenang lima kali Anugerah Ballon d’Or itu.
Bagi Ferdinand, perkara paling penting adalah bekas rakan sepasukannya itu kembali rasa gembira selepas dipalit beberapa episod mengecewakan termasuk perpisahannya dengan Manchester United serta kegagalan di Piala Dunia.
Ferdinand yang pernah beraksi bersama Ronaldo di United pada 2003 hingga 2009 merasakan semua pihak harus meraikan keputusan dibuat kapten Portugal itu.
“Saya bercakap dengan Cristiano dan ada perkara yang kamu perlu mendiamkan diri. Saya tahu apa yang berlaku di sebaliknya dan sekarang saya cukup gembira apabila dia akhirnya mampu kembali tersenyum.
“Bagi mana-mana pemain bola sepak, kegembiraan dan persekitaran menjadi perkara yang paling penting. Sebelum ini dia dipalit rasa tidak gembira dan sekarang dia sudah mampu temui kegembiraan walaupun di negara yang tidak ramai jangka bakal menjadi pilihan Ronaldo.
“Saya ada melihat laporan berita dan ada orang mengatakan cara dia keluar agak menyedihkan. Namun, bagi saya hanya ada dua perkara yang menyedihkan, satunya adalah cara pengakhiran di United dan kedua adalah kegagalan di Piala Dunia,” katanya.
Penyerang berusia 37 tahun itu dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat dalam era moden dan mengikat perjanjian dengan Al Nassr untuk tempoh dua setengah tahun. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... gembirakan-ronaldo/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|