CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 0

Guna formula sabar dan solat

[Copy link]
Post time 2-1-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Guna formula sabar dan solat


ISLAM meminta umatnya agar banyak bersabar khususnya dalam berdepan dengan sesuatu bentuk ujian hidup.


Kehidupan dunia tidak akan pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Ia adalah warna–warni kehidupan yang pasti dilalui oleh setiap insan. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada mereka yang sabar."

Isu tekanan hidup dalam kehidupan manusia moden hari ini sudah menjadi perkara biasa. Semua manusia sedang menghadapi suatu isu yang sentiasa dibincangkan oleh banyak pihak khususnya pakar-pakar kesihatan awam. Iaitu penyakit stres. Stres sebenarnya boleh meninggalkan kesan yang cukup besar hingga mampu menjejaskan arah hala tuju kehidupan.

Walau sebesar dan seberat mana sekalipun permasalahan hidup yang sedang dihadapi, usahlah cepat terburu-buru sehingga mengambil langkah yang berlawanan dengan kehendak agama. Jangan cepat putus asa dalam mencari usaha ikhtiar untuk menangani isu yang dihadapi kerana lambat laun apa sahaja kebuntuan itu akan mampu diselesaikan sekiranya kita bersabar.

Islam meminta umatnya agar banyak bersabar khususnya dalam berdepan dengan sesuatu bentuk ujian hidup. Dalam hal tangani stres Islam memberikan kita panduan yang jelas. Antaranya ialah dengan mendirikan solat. Allah meminta hamba-Nya agar menjadikan amalan mendirikan solat sebagai penolong kita sebagaimana terkandung dalam Surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman, jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu."

Jadi formula pertama ialah sabar dan solat. Cuba kita amalkan formula ini semasa menghadapi sesuatu permasalahan kehidupan. Imam An-Nasai' ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tatkala menghadapi sesuatu isu dan masalah, Baginda SAW akan memperbanyakkan solat.

Kita lihat satu lagi bukti bahawa Islam sangat menggalakkan kita supaya menggunapakai formula sabar dan solat itu sebagai landasan penyelsaian tekanan hidup. Dikatakan pada suatu hari, seorang lelaki datang berjumpa dengan sahabat Nabi SAW, Ibnu Mas'ud lalu mengadu kepadanya: "Wahai Ibnu Mas'ud, nasihatkanlah aku dengan sesuatu yang dapat aku redakan kegelisahanku. Pada masa ini jiwaku tidak tenteram, yang mana fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak, malah selera makanku juga hilang."

Lalu Ibnu Mas'ud memberikan petua dan nasihatnya dengan berkata: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, kamu pergilah ke tempat orang sedang membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut serta membacanya ataupun kamu sekadar mendengarkan pembacaan orang lain. Kedua, hendaklah kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Dan yang ketiganya, hendaklah kamu mencari satu waktu yang sunyi, misalnya pada waktu malam dan pada ketika itu kamu bangun untuk melakukan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya supaya diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu."

Kata Ibnu Mas'ud lagi kepada lelaki berkenaan: "Andainya selepas kamu sudah melakukan kesemua tiga perkara itu, tetapi jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah supaya digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu."

Jadi, jelaslah bahawa dalam Islam, sebarang permasalahan jiwa yang tidak tenteram ada jalan penyelsaian dan masih boleh ditangani dengan baik. Bukan seperti sesetengah masyarakat di luar sana yang apabila sahaja berhadapan dengan kebuntuan hidup, jalan singkat yang dipilih, iaitu bunuh diri. Lihatlah dengan fenomena bunuh diri yang sering terjadi di negara-negara yang penduduknya bukan Islam seperti di negara matahari terbit misalnya.

Sebaliknya dalam Islam, umatnya diminta supaya tidak kalah dengan masalah. Dalam Surah Al-Hijr ayat 56 misalnya Allah berfirman yang bermaksud: "Ibrahim berkata: "Tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja". Allah meminta kita agar sentiasa berfikiran positif dan cekal hati semasa menemui isu kehidupan yang menghimpit.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud: "Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi sekiranya kamu beriman". Selain itu Islam juga menyenaraikan kaedah meredakan tekanan hidup menerusi senyuman, jenaka dan gelak tawa.

Contohnya yang seharusnya kita pelajari dan teladani ialah pada diri Rasulullah SAW sendiri. Baginda SAW bukan sedikit terpaksa berhadapan dengan rintangan dan kekangan dalam misi dakwah Islam dahulu. Terlalu berat dengan laluan penuh onak dan duri. Namun, Baginda SAW tidak cepat kebosanan dan putus asa, sebaliknya Baginda tempuhi setiap satu cabaran dan tekanan hidup berbekal semangat dan jiwa yang kental.

Dalam kesibukan yang begitu padat, Baginda SAW bukanlah seorang yang serius raut wajahnya. Dalam masa ketika saat penuh getirpun, masih mampu Baginda SAW tersenyum. Imam At-Tirmizi memetik sebuah hadis daripada Abdullah bin Haris yang mana dilaporkan bahawa: "Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah SAW."

Demikian juga halnya dengan kehidupan sahabat Baginda SAW. Mereka bukanlah manusia 'robotik' yang kaku dan serius dengan jalan kehidupan. Sebaliknya gaya hidup Rasulullah SAW diikuti sepenuhnya. Ibnu Umar pernah disoal: "Adakah sahabat Rasulullah SAW ketawa?' Ibnu Umar menjawab: "Ya, mereka juga ketawa walaupun iman di hati mereka lebih besar daripada gunung."

Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan perakuan Bilal bin Saad yang mana katanya: "Aku pernah melihat sahabat Baginda SAW berlari-lari di kawasan memanah sambil tertawa sesama mereka. Namun, apabila tiba waktu malam, mereka menjadi serius seperti watak seorang rahib."

Kita sebagai umat Islam disaran dan amat digalakkan berdoa kerana doa adalah senjata paling ampuh buat seseorang Mukmin mengadu apa sahaja permasalahan hidup kepada Allah. Allah Maha Mendengar rintihan Hamba-Nya. Rintih dan adulah kepada Allah, insya-Allah Dia akan membuka ruang jalan penyelasaian yang tidak terjangka oleh kita.

Dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60, Allah memberikan perkhabaran menggembirakan buat hamba-Nya yang menjadikan amalan berdoa dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang-orang yang sombong takbur darpada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam."

Penulis Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... ula-sabar-dan-solat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.039311 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list