CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 0

Berpada dalam rasa kasih atau benci

[Copy link]
Post time 30-12-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Berpada dalam rasa kasih atau benci


MENGASIHI atau membenci biarlah atas dasar kerana Allah. FOTO Arkib NSTP

Mungkin kita pernah lihat dalam kalangan masyarakat kes orang yang awalnya sangat menyukai atau mengasihi seseorang dengan cara berlebihan dan melampaui batas namun akhirnya bertukar menjadi orang paling membenci dan memusuhi orang berkenaan.

Perbuatan berlebihan atau melampaui batas ini biasanya lahir sama ada daripada hawa nafsu, hasutan syaitan atau dorongan duniawi semata-mata. Ia boleh berlaku dalam pelbagai hubungan sosial daripada hubungan rumah tangga antara suami dan isteri atau lelaki dan perempuan sehingga kepada hubungan antara idola dengan peminat, ketua dan pengikut serta pemimpin dengan yang dipimpin.

Perbuatan sebegini sebenarnya bercanggah dengan akhlak Islam yang menganjurkan keseimbangan dan kesederhanaan dalam segenap aspek. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya: "Kasihilah orang yang engkau kasihi secara sederhana, boleh jadi dia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana, boleh jadi dia akan menjadi orang yang engkau kasihi suatu hari nanti." (Riwayat at-Tirmizi dengan sanad daif)

Menurut Imam at-Tirmizi, hadis Abu Hurairah RA ini gharib dan diriwayatkan juga dengan sanad daif daripada Ali RA daripada Nabi SAW. Namun, yang sahih daripada Ali RA adalah kata-katanya secara mauquf. Ia turut diriwayatkan daripada Ibn Amru RA dan Ibn Umar RA dengan sanad yang daif.

Sama ada ia hadis Nabi SAW atau kata-kata Ali RA, kandungannya tetap boleh kita jadikan sebagai kaedah atau panduan umum dalam menjalin hubungan sesama manusia. Justeru, janganlah berlebih-lebihan atau melampau sehingga menjadi taasub dalam mengasihi atau membenci seseorang. Perbuatan sebegini boleh menyebabkan ketidakwarasan dan ketidakseimbangan dalam pemikiran seseorang. Diriwayatkan daripada Abu ad-Darda' RA daripada Nabi SAW sabdanya: "Kecintaanmu terhadap sesuatu boleh membuatkanmu buta dan tuli." (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan sanad daif, namun yang sahih adalah secara mauquf daripada Abu ad-Darda' RA)

Kata Imam al-Munawi dalam mengulasnya: "Ia menjadikan kamu buta daripada melihat dan tuli daripada mendengar keaiban orang yang dikasihi, sehingga kamu tidak dapat lagi melihat perbuatannya yang buruk. Kamu juga tidak akan mendengar larangan orang yang memberikan nasihat tentangnya. Bahkan, kamu melihat keburukan daripadanya sebagai kebaikan dan mendengar kekejian daripadanya pula sebagai ucapan yang indah. Atau bermaksud ia akan membutakan daripada akhirat atau daripada jalan hidayah. Faedahnya adalah sebagai tegahan daripada mengasihi apa yang tidak sepatutnya ia tenggelam dalam mengasihinya."

Rasa kasih berlebihan boleh mengakibatkan kerugian dan penyesalan yang tiada kesudahan. Bayangkan, seorang lelaki yang memberi secara sukarela hadiah pertunangan yang sangat tinggi nilainya kepada bakal isterinya atau seorang suami yang memberikan dengan rela hati pelbagai hak milik harta benda kepada isterinya disebabkan rasa cinta yang sangat mendalam. Bagaimanakah nanti perasaannya jika perkahwinan terpaksa dibatalkan atau berlaku perceraian yang tidak dapat dielakkan?

Ada juga berlaku pengikut atau orang bawahan yang amat mengasihi dan mengagumi seorang tokoh atau pemimpin sehingga dia sanggup dipukul, disakiti atau dipenjara demi perjuangan kumpulannya. Namun anehnya, tokoh itu akhirnya bertukar menjadi orang yang paling dibencinya. Boleh jadi juga berlaku sebaliknya, tokoh paling dimusuhi dan dibencinya selama ini bertukar menjadi tokoh amat disukai dan dikaguminya pula. Bukankah perubahan semacam ini hanya menunjukkan sikap ketidakmatangan dan keanak-anakan diri seseorang?

Maka, berpada-pada dan bersederhanalah dalam mengasihi atau membenci seseorang. Antara kaedah yang betul ialah rasa kasih atau benci itu mestilah didasari kerana Allah SWT bukannya kerana makhluk. Diriwayatkan daripada al-Bara' bin 'Azib RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda: 'Ikatan iman yang paling kukuh ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah.'" (Riwayat Ibn Abi Syaibah, at-Tayalisi, Ahmad dan Ibn Abi ad-Dunya)

Abu Zar RA pula berkata: "Rasulullah SAW bersabda: 'Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah azza wajalla ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah.'" (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan sanad daif)

Maka, jika rasa kasih atau benci itu dibuat kerana Allah SWT pasti akan melahirkan keseimbangan dan kesederhanaan dalam segala tindakan yang dilakukan serta tidak akan terjadi sikap berlebih-lebihan atau melampau dalam hal berkenaan. Sekiranya berlaku keterbalikan situasi, kesan tekanan mental pastinya tidak terlalu membimbangkan.

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... sa-kasih-atau-benci

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.149239 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list