View: 394|Reply: 0
|
Faisal tekad kekal momentum
[Copy link]
|
|
FAISAL Halim. FOTO Bernama
Hannoi: Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim memasang impian untuk meneruskan momentum ledakan gol bagi aksi berdepan Vietnam di Stadium My Dinh, esok.
Pemain berusia 24 tahun itu bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak kisah siapa yang akan menjaringkan gol asalkan Harimau Malaya memperoleh keputusan positif dalam aksi ketiga Kumpulan B saingan Piala AFF 2022.
Katanya, barisan pemain Harimau Malaya juga berada pada tahap terbaik dan bersedia mengecewakan Vietnam di gelanggang mereka.
"Perlawanan berdepan Vietnam esok pasti sukar. Tapi kami akan cuba memberikan aksi yang terbaik untuk pasukan dan penyokong Harimau Malaya.
"Saya mahu terus jaringkan gol untuk bantu pasukan, namun jika saya tidak dapat menjaringkan gol pun saya tidak kisah asalkan kami mendapat sesuatu yang positif di sini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Faisal berkongsi carta penjaring terbanyak Piala AFF 2022 setakat ini bersama pemain Filipina, Kenshiro Daniels dengan meledak tiga gol.
Penyerang baharu Selangor itu meledak gol tunggal Malaysia ketika menewaskan Myanmar 1-0 dalam aksi pertama di Yangon sebelum menyumbang dua gol ketika membantu Harimau Malaya membelasah Laos 5-0.
Ketika ditanya mengenai pemain pertahanan Vietnam yang mana menjadi halangan terbesarnya, Faisal bagaimanapun menjelaskan keseluruhan skuad Golden Star Warriors mempunyai kualiti.
"Saya fikir semua pemain Vietnam bagus dan berkualiti tinggi. Tapi saya cabar diri saya dan akan buat apa sahaja untuk bantu pasukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ekad-kekal-momentum |
|
|
|
|
|
|
| |
|