View: 2118|Reply: 21
|
Lemak Manis, Sedikit Pahit, Aroma Menusuk Ke Hidung- Damak King Laku Keras, Musang King Tak Dipandang
[Copy link]
|
|
JERANTUT – Durian jenis damak king, Kampung Damak terus mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar raja buah itu sekali gus mendominasi pasaran di Jerantut pada musim ini.
Rasa isi damak king yang lebih sedap dengan aromanya yang mengujakan antara faktor raja buah itu berjaya menambat hati pelanggan sehingga mengatasi jualan durian musang king dan durian premium kampung jenis lain di kampung tersebut pada musim ini.
Durian itu mendapat permintaan ramai penggemar kerana baka durian premium kampung yang sudah dikenali seperti mas hijau, kulit buaya, naga emas dan Aji Aziz kurang berbuah di Lembah Durian, Kampung Damak dekat sini.
 Foto: Kosmo
Peniaga durian, Ahmad Mustapha, 44, berkata, sejak buah itu gugur dan dipasarkan di gerai jualan berdekatan Jalan Jerantut – Benta di kampung tersebut, damak king laris setiap hari dan kebanyakan penggemar sudah membuat tempahan awal.
“Tetapi, jualannya agak terhad kerana damak king cuma berbuah di dusun milik seorang pekebun di sini, dan difahamkan cuma sepokok sahaja berbuah antara 200 hingga 300 biji pada musim ini,” katanya di Kampung Damak dekat sini semalam.
Ahmad menjelaskan faktor cuaca penyebab durian damak king, mas hijau, kulit buaya, naga emas dan Aji Aziz kurang berbuah.
Menyingkap sejarah damak king, Ahmad berkata, durian berkenaan berasal daripada baka tok merah yang ditanam seorang penduduk di situ dan kemudiannya memperoleh baka baharu (damak king) menerusi cantuman tunas, dan ditanam empat orang pekebun durian di kampung tersebut sejak 40 tahun lalu.
“Peringkat awal percubaan, pekebun di sini cuma menanam antara tiga hingga lima benih damak king dan hanya dua pokok sahaja yang membesar dan berbuah lebat.
“Apabila berbuah dan gugur, pekebun di sini bersepakat menjenamakan durian damak king kerana hasil (buahnya) cukup menarik perhatian penggemar durian,” katanya.
 Foto: Kosmo
Ahmad berkata, spesifikasi bentuk buahnya bulat, mempunyai empat hingga lima pangsa, tekstur isinya yang lembut, tebal dan berwarna oren, bijinya separa kecil, kulit tebal dan hijau keperangan.
“Rasanya lemak manis, sedikit pahit dan aromanya menusuk ke hidung apabila mula dibelah sekali gus menarik selera penggemar yang pertama kali ingin menikmati isi buah ini,” katanya.
Cerita lanjut, Ahmad berkata, pada musim ini, damak king tidak dapat dibawa ke pasaran luar kerana buahnya terhad dan habis dibeli oleh kalangan penggemar di kampung tersebut dan selebihnya menerusi tempahan.
“Kita memperoleh damak king cuma daripada seorang pekebun sahaja di sini antara 20 hingga 30 biji sehari dan menjual dengan harga antara RM25 hingga RM35 sekilogram berasaskan permintaan harian.
“Menariknya, durian damak king diminati bukan sahaja penggemar dalam kalangan orang Melayu, tetapi pelbagai kaum, iaitu Cina, India malahan orang Inggeris dari Lembah Kelang juga datang ke sini mencari serta berbelanja buah ini,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ni ada pahit2..musang king yg tebal manis tu mkn seulas pun dah muak  |
|
|
|
|
|
|
|
haku wat pertama kali pokok dughian musang king belakang umah makpak berbuah...tanam da hampir 15 taun n rezeki taun nie berbuah idok la byk dlm 45 bijik je n mmg bebetul berjaga makpak n adik2 haku sbb byk tupai, kera, burung n mmg standby lastik la mercun bola smpai abah haku siap wat jerat kat pokok ...
fuh nikmat giler ooo makan dughian pokok sendiri nie maklum lerr buah Mahal n yes mmg cpt muak isi mmg padu |
|
|
|
|
|
|
|
duirian tikus tidur... |
|
|
|
|
|
|
|
Awal tahun baru ni bole kata tiap mggu borong duyan. Sampai naik muak la. Musim yg ini nk lalu kt gerai dia pn aku xmau. Naik pening ngn bau dia. Tlajak mkn |
|
|
|
|
|
|
|
acikhan: haku wat pertama kali pokok dughian musang king belakang umah makpak berbuah...tanam da hampir 15 taun n rezeki taun nie berbuah idok la byk dlm 45 bi ...
kacuk jelah pokok durian lama dengan musang king tu. xperlu tunggu sampai 15 tahun. kt utube ada ajar cara kacuk pokok.
kaka biasa kacuk pokok krismas dengan musang king
|
|
|
|
|
|
|
|
yang pahit2 gas dia xpekat sangat. kena durian gas pekat. kepala pening lalat.
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu iftar harap2 ada lah damak king. jimat duit |
|
|
|
|
|
|
|
What a beauty! Suka betul aiol tengok gambar isi durian fresh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
helok betul nampak isi nya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau durian camni bangkem ramas2 dulu, jilat2 dulu baru gigit |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnye durian... kat shopee ade jual tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.

|
|
|
|
|
|
|
|
Dah masuk musim DURIAN ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
Berduyun la orang Melayu support kampung ni nanti...sampai jem |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 24-12-2024 01:14 PM
Dah masuk musim DURIAN ke ni
durian skrg mcm tak bermusim dah iols rasa.
kejap belah sini ada, kejap belah sana plak.
durian belah pahang dgn perak (kole kangsar/selama) dah ada skrg ni. based on kebun fmly kawan2 la. durian balik pulau takde dgr lg.
hsbd iols berkesempatan makan damak king ni, dia ckp mmg sedap tak muak blh mkn byk sikit dari musang king makan 2/3 ulas dah sendawa (erkkk blh byg bau busuk )
*** iols x mkn durian |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 24-12-2024 01:14 PM
Dah masuk musim DURIAN ke ni
Sepertinye...tengok dah ada orang buka gerai tepi jalan.
Nak konfirm meols kena ke Chenderong Balai atau Sungai Manik Perak....biasa deroyan masuk ikut situ dulu  |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 24-12-2024 01:27 PM
durian skrg mcm tak bermusim dah iols rasa.
kejap belah sini ada, kejap belah sana plak.
Ruginya x makan durian...sedap tau sis... |
|
|
|
|
|
|
| |
|