Gol kemenangan dan kad merah - Apa ada hal?
Isnin lepas, aku cakap konsistensi dan resilien adalah perkara paling penting untuk menang EPL. Tidak apa Chelsea kalah satu perlawanan berprofil tinggi asal menang dengan semua perlawanan celah gigi yang lain.
Sore loser piece of crap, kata ahli-ahli pencinta sejarah.
That sore loser piece of crap terus kekal klasemen dan kembali menjarakkan mata dengan pesaing terdekat. Dari 2 mata kini kepada 4 mata.
Apa ada hal?
Sebelum perlawanan, si dubuk liar The Drog disahkan menghidap malaria. Jika penyakit seperti ini melanda pemain lain seperti Nando Torres contohnya, mungkin dah RIP. Tetapi tidak buat The Drog, seekor dubuk liar dari Negara Pantai Gading.
King Carlo macam biasa menurunkan barisan yang mirip di Anfield tempoh hari. Fulham mungkin bukan kelab elit bersejarah, tetapi ini adalah Wset London Derby dan apa saja boleh berlaku.
Super Frank masih tercedera tetapi Michael Essien sudah kembali untuk memberikan kelebihan fizikal buat Chelsea di bahagian tengah. Dan hanya 30 minit diperlukan untuk The Blues berada di depan melalui tandukan Essien. Pada minit ke-90, Essien menyempurnakan kemenangan Chelsea dengan mendapatkan kad merah untuk dirinya sendiri.
Apa ada hal?
Chelsea kini mengumpul 28 mata dari 12 perlawanan dan macam biasa, klasemen. Para penyokong kem Chelsea di Sokernet sudah boleh kembali berlagak.
Aiseh terlupa. Memang sepanjang masa berlagak pun.
Bolasepak Sebenar
Seri 0-0 pada perlawanan sekitar Subuh waktu Malaysia adalah salah satu ciri-ciri bolasepak sebenar. Tak percaya? Tanya Manchester United.
Seri muka sungguh.
Bolasepak ART
Semalam kalah, hari ini menang, esok kalau kalah jangan terkejut pula. Tak percaya? Tanya Arsenal.
Wigan Athletic
Bukanlah sebuah kelab bolasepak elit bersejarah. Main di tempat sendiri musim ini pun baru hanya menang sekali. Sekarang berada dalam zon penyingkiran, hanya nombor 3 dari dasar liga.
Bukan nak pandang rendah, tapi untuk mana-mana kelab yang mengaku kuasa besar EPL, lawatan ke Stadium DW wajib dikira sebagai 3 mata dalam tangan. Seri tidak boleh diterima, kalah jauh sekali.
Tapi siapa-siapa kelab yang dok bersembang ‘a striker reborn’, ‘a team reborn’, ‘this is our year’, ‘every year is also our year’ dan ‘sejarah’ tapi bila pergi sana dan cuma dapat seri muka, jadahnya?
Sore loser piece of crap-lah itu kelab. |