CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Perak] 'Makan apa kita tanam, lebih kita jual'

[Copy link]
Post time 13-12-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Hamdan mengutip telur ayam Lohmaan Brown setiap empat hingga lima hari sekali. FOTO IHSAN HAMDAN AHMAD SAPLI

Sitiawan: Kesukaran memperoleh bekalan telur ketika ini sudah dapat dijangka pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini, yang mengambil inisiatif memelihara 50 ayam penelur sejak April lalu.

Hasilnya, Hamdan Ahmad Sapli, 54, mempunyai bekalan telur ayam sendiri melalui ayam penelur dari empat baka, dipelihara di belakang rumah di Lorong Haji Hamzah, Batu 10 Lekir, di sini.

Malah, bukan itu sahaja, Hamdan turut menanam lebih 65 jenis sayuran seperti tomato ceri, sawi, kangkung, bayam dan herba, jerangau putih dan kunyit hitam di kebun mininya yang dinamakan Kitchen Garden Batu 10 Lekir di tepi rumahnya.


Hamdan berkata, kekurangan bekalan telur itu dijangka berlaku susulan harga dedak ayam mula meningkat Jun tahun lalu dari RM96 untuk 50 kilogram (kg) kepada RM120 dedak berat sama dan sekarang sudah mencecah RM140, selain harga makanan ternakan diimport meningkat.

"Itu yang mencetuskan idea untuk saya membela empat ayam penelur iaitu Lohmann Brown, White Leghorn, Fayoumi (ayam Arab) dan Australorp.

"Tetapi sekarang yang sudah bertelur hanya 12 ayam Lohmann Brown sahaja sejak pertengahan Ogos lalu dan bertelur setiap hari dengan purata telurnya 10 biji sehari.

"Ayam jenis ini mengambil masa 18 minggu untuk bertelur dan seekor bertelur sebiji sahaja (sehari) dan hanya ayam itu sahaja yang kulit telurnya berwarna coklat seperti yang dijual di pasaran, manakala tiga jenis lain berwarna putih," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Hamdan selalu berkongsi videonya berkebun berkonsep pertanian bandar dengan tagline 'tanam apa kita makan, makan apa kita tanam dan lebih kita jual' serta mengutip telur ayam di TikTok yang mendapat perhatian warganet.

Beberapa video Hamdan mengutip telur ayam meraih lebih sejuta tontonan yang rata-rata warganet teruja dan mahu mempelajari cara memelihara ayam penelur terutama dalam situasi 'krisis' bekalan telur yang berkurangan ketika ini.

Menurutnya, dia akan mengutip telur ayam setiap empat atau lima hari dan memperoleh antara 48 hingga 50 telur dengan purata setahun ayam itu boleh bertelur 320 biji.

Katanya, semua ayam peliharaannya diletakkan dalam lima reban di belakang rumahnya dan dia memberi haiwan itu makan dua kali sehari pada waktu pagi serta petang.

"Pada pandangan saya jika ada ruang lebih di rumah terutama untuk mereka yang tinggal di kampung boleh memelihara ayam penelur ini selain menanam sayuran untuk kegunaan sendiri.

"Bela dalam enam atau 10 ekor rasanya sudah cukup untuk kegunaan harian kita. Untuk 10 ayam Lohmann Brown ia perlu 1.2 kg dedak sehari dan sebulan kos makannya RM120," katanya.

Bagaimanapun katanya, jenis ayam penelur itu agak sensitif dengan cuaca dan perlu diletakkan dalam ruang yang ada lampu untuk haba pada usia sehari hingga sebulan.

"Ayam Lohmann Brown berusia seminggu dibeli pada RM7 seekor dan dapat menghasilkan telur gred A dan B, manakala ayam Arab lebih murah iaitu RM3.50 seekor tetapi telurnya agak kecil.

"Semua telur itu untuk kegunaan sendiri sahaja tetapi jika ada lebih memang dijual, saya anggap ini untuk memudahkan terutama dalam situasi sukar mendapatkan telur ketika ini," katanya turut memberitahu Australorp baru seekor bertelur.

Hamdan berkata, dia mengusahakan kebun pada 2010 dan kini menerima banyak panggilan telefon setiap hari yang berminat untuk mempelajari ilmu pelihara ayam penelur sejak berkongsi di TikTok.

"Saya suka berkongsi ilmu pertanian dan untuk ayam saya akan kongsikan cara pelihara ayam secara teknik rumahan iaitu memelihara di bawah 50 ayam yang dipelajari melalui YouTube.

"Untuk masalah bau kita perlu letak serbuk kayu di lantai reban yang bersimen dan setiap minggu sembur EM4 untuk elak bau najis dan kurangkan lalat," kata sambil memberitahu Kitchen Garden menjadi agro pelancongan sejak dua tahun lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nam-lebih-kita-jual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157374 Replies : 3854
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4131 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18994 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 2525 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 2929 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187889 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.768379 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list