CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

England ada ramuan tumbangkan Perancis - Southgate

[Copy link]
Post time 6-12-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Pengurus England, Gareth Southgate. - Foto EPA

DOHA: Pengurus England, Gareth Southgate mengarahkan pemainnya supaya mengasak Perancis bertali arus pada suku akhir Piala Dunia.

Beliau percaya barisan serangannya mempunyai keupayaan untuk mengalahkan pasukan ternama pada peringkat kalah mati kejohanan utama di bumi asing pada pertembungan awal pagi Ahad ini.

Three Lions adalah penjaring gol terbanyak di Qatar dengan 12 gol dan beliau menggesa pemain bintangnya memburu gol seperti mereka lakukan ketika menang ke atas Iran, Wales dan Senegal.

Southgate berkata: "Kami pernah melakar sejarah dalam tempoh empat setengah tahun yang lalu. Tidak semuanya bagus, tetapi itulah cabaran sebenar.

"Apa yang kami perkatakan sebelum aksi menentang Senegal adalah menyerang lawan tanpa henti, tidak berpuas hati jika kami mendahului dan memastikan kami mengekalkan tahap intensiti perlawanan kami.

"Jadi kami perlu lakukannya sekarang menentang juara dunia. Apabila anda imbau semula kejohanan kami sebelum ini, anda lihat pasukan yang menyingkirkan England daripada persaingan.

"Jadi inilah ujian berikutnya buat pasukan ini."

Bagaimanapun, Southgate percaya rekod England pada kejohanan terdahulu banyak membantu mereka menjelang pertemuan dengan Perancis.

Three Lions layak ke separuh akhir Piala Dunia Russia 2018, kemudian mara ke final Euro 2020 mengalahkan Jerman sebelum tumpas di tangan Itali menerusi penentuan sepakan penalti. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... -perancis-southgate
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list