CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

Piala Dunia Qatar terima lebih 2.4 juta pengunjung

[Copy link]
Post time 4-12-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Argentina meraikan kemenangan bersama penyokong ketika menentang Australia di Stadium Ahmad Bin Ali, Doha, pagi tadi. Argentina menang 2-1. - Foto AFP

DOHA: Lebih 2.45 juta orang menghadiri 48 perlawanan pertama pada Piala Dunia Qatar 2022, manakala pasukan daripada lima konfederasi melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir, menurut badan induk dunia FIFA semalam.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding pada peringkat kumpulan Piala Dunia Russia 2018, menurut FIFA dalam satu laporan.

Daripada semua perlawanan pada pusingan pertama, perlawanan paling ramai menyaksikan kehadiran penonton adalah antara Argentina dan Mexico di Stadium Lusail apabila ia menyaksikan 88,996 penonton.

Lusail juga akan menjadi venue perlawanan akhir pada 18 Disember ini.


Sementara itu, di FIFA Fan Festival di Doha, lebih sejuta orang mengunjungi lokasi berkenaan, yang menjadi gelanggang buat peminat dari seluruh dunia berkumpul untuk menyaksikan perlawanan secara langsung sepanjang kejohanan itu.

Ia diperkenalkan buat kali pertama pada Piala Dunia 2006 di Jerman.

Setakat ini, Arab Saudi mendahului senarai pengunjung paling ramai dengan lebih 77,000 diikuti India dengan 56,893.

Sebelum sepak mula Qatar 2022 pada 20 November lalu, negara tuan rumah menyatakan mereka menjangkakan lebih sejuta pengunjung memanfaatkan kemudahan itu.

Dari segi penonton TV, 36 juta menyaksikan pertembungan antara Jepun menentang Costa Rica, manakala Amerika Syarikat (AS) bertemu England adalah perlawanan bola sepak lelaki paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen AS.

Menurut FIFA, tahun ini kali pertama pasukan dari semua benua meloloskan diri ke pusingan kalah mati 16 terbaik sejak 2002.

"Ini kali kedua, dua pasukan Afrika (Senegal dan Maghribi) mara ke pusingan 16 - sebelum ini pada 2014 (Algeria dan Nigeria)," kata badan induk bola sepak dunia itu.

Maghribi mengungguli kumpulan mereka selepas menundukkan Belgium dan Kanada, selain seri dengan Croatia pada aksi pembukaan mereka.

Senegal tewas di tangan Belanda sebelum menang ke atas Qatar dan Ecuador untuk memastikan tempat.

Kejayaan Korea Selatan, Australia dan Jepun menandakan kali pertama tiga negara dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) layak ke pusingan 16 Piala Dunia, menurut laporan itu. – AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... -24-juta-pengunjung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.104325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list