View: 323|Reply: 1
|
Bisa Neymar ditagih hadapi Korea
[Copy link]
|
|
NEYMAR kembali berlatih semalam.
Doha: Pertembungan Brazil pada saingan 16 terakhir menentang Korea Selatan dibayangi masalah kesihatan legenda mereka, Pele manakala jurulatih Tite berdepan dilema sama ada mahu menurunkan Neymar yang mengalami kecederaan buku lali.
Tite ketika sidang media selepas tamat aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Cameroon berharap Pele, 82, segera sembuh selepas dimasukkan ke hospital minggu lalu.
Tiada cara terbaik untuk Brazil menghargai legenda mereka selain menjuarai Piala Dunia kali keenam pada 18 Disember dan undian tampak berpihak kepada gergasi Amerika Selatan itu.
Mereka menduduki tangga teratas walaupun hanya menjaringkan tiga gol di Qatar, rekod terburuk dalam saingan kumpulan sejak Piala Dunia 1978.
Brazil mempunyai banyak pilihan di jentera serangan walaupun tanpa Gabriel Jesus yang mengalami kecederaan tetapi hanya mampu menjaringkan satu gol sejak Neymar mengalami masalah di buku lali ketika menewaskan Serbia pada aksi pembukaan 24 November lalu.
Dia menonton perlawanan dengan Cameroon di bangku simpanan dan semalam dia kembali berlatih sekali gus meningkatkan harapan dapat beraksi menentang Korea Selatan.
"Saya rasa ok buat masa ini," katanya dalam Instagram semalam.
"Dengan kembalinya Neymar seluruh pasukan akan bertambah baik," kata Richarlison yang menjaringkan kedua-dua gol ketika menentang Serbia.
"Saya berharap dia dapat kembali. Semua orang lihat betapa kami terasa ketiadaanya pada dua perlawanan lalu dan dia mampu menjadikan saya bertambah baik."
Di atas kertas Brazil sudah pasti pasukan pilihan berbanding Korea Selatan yang mara ke saingan kalah mati hasil jaringan minit akhir Hwang Hee-chan ketika menentang Portugal.
Jika menang di Stadium 974 mereka akan ke suku akhir berdepan pemenang Jepun atau Croatia dengan saingan empat terakhir mungkin menyaksikan pertembungan dengan Argentina.
Korea pasukan ranking kedua terendah yang mara ke peringkat kalah mati dan skuad Paulo Bento tahu betapa sukarnya menentang Brazil selepas mereka dibelasah 1-5 pada aksi persahabatan di Seoul pada Jun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... itagih-hadapi-korea |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jumaat nih brazil vs croatia for quater final pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|