View: 345|Reply: 0
|
Cavani pecahkan skrin VAR selepas tersingkir
[Copy link]
|
|
Pemain Uruguay, Jose Maria Gimenez dan Edinson Cavani membuat bantahan kepada Siebert selepas tamat perlawanan antara Uruguay dan Ghana. Uruguay menang 2-0. - Foto REUTERS
DOHA: Pemain Uruguay berasa marah dan kecewa sebaik wisel penamat ditiup pada perlawanan Piala Dunia menentang Ghana awal pagi tadi.
La Celeste menang 2-0, tetapi jaringan Korea Selatan pada masa kecederaan mengatasi Portugal bermakna mereka gagal layak ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Perbalahan berlaku antara pemain Uruguay dengan pengadil dari Jerman, Daniel Siebert selepas kontroversi di penghujung perlawanan apabila penyerang veteran Edinson Cavani dijatuhkan dalam kawasan penalti.
Cavani dilihat menumbuk skrin VAR ketika melaluinya. - Foto Agensi
Semua pemain Uruguay meminta sepakan penalti, tetapi tidak diendahkan.
Malah, insiden itu langsung tidak dikaji semula, tidak seperti insiden pada separuh masa pertama yang menyaksikan bilik video bantuan pengadil (VAR) mencuri perhatian pengadil.
Pada hujung aksi itu, beberapa pemain Uruguay dilihat hilang sabar terhadap Siebert.
Keadaan tidak menjadi buruk kerana pengadil tidak melengahkan masa menuju ke bilik persalinan, tetapi kemarahan Uruguay terbukti apabila Cavani dilihat menumbuk skrin VAR ketika melaluinya.
Apa yang berlaku mungkin menyaksikan FIFA bertindak mengenakan hukuman terhadap pemain atau persatuan bola sepak negara Amerika Selatan itu sama ada denda atau penggantungan. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -selepas-tersingkir |
|
|
|
|
|
|
| |
|