View: 333|Reply: 0
|
Korea Selatan bangkit benam Portugal
[Copy link]
|
|
Pemain Portugal, Pepe bersaing merebut bola bersama pemain Korea Selatan dalam saingan Kumpulan H. FOTO AP
Doha: Pemain gantian Hwang Hee-chan meledak gol kemenangan pada minit kecederaan untuk menghidupkan peluang Korea Selatan di Piala Dunia selepas kemenangan dramatik 2-1 ke atas Portugal, sebentar tadi.
Penyerang Wolverhampton Wanderers itu memastikan kemenangan pada minit ke-91 di Stadium Education City di Qatar seterusnya mencetus kenangan dan air mata di kalangan peminat Korea Selatan.
Bintang Korea Selatan, Son Heung-min, yang membantu kemenangan itu, rebah dan terbaring di atas padang selepas wisel penamat permainan dibunyikan. Dia juga tidak dapat menahan air mata.
Pemain Korea kelihatan berdiri dan berkumpul di padang melihat perlawanan Ghana menentang Uruguay di telefon bimbit ketika mereka menantikan nasib mereka untuk pengesahan kelompok 16 terbaik.
Portugal tampil dalam skuad yang berbeza mendahului di awal minit kelima permainan menerusi Ricardo Horta tetapi Korea Selatan yang perlu menang untuk menghidupkan peluang, menyamakan kedudukan minit ke-27 menerusi Kim Young-gwon.
Korea Selatan dan kapten mereka Son yang tampil memakai topeng muka kerana menjalani pembedahan baru-baru ini, perlu menjaringkan lebih banyak gol tetapi mereka gagal memberi masalah kepada Portugal hingga Son mencipta gerakan buat Hwang pada minit kecederaan.
Jurulatih Korea Selatan yang juga bekas pemain kebangsaan Portugal, Paulo Bento, terpaksa menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton selepas dia diperintahkan keluar padang pada minit terakhir perlawanan ketika kekalahan 3-2 Korea Selatan ke atas Ghana.
Dia menyaksikan anak buahnya ketinggalan selepas hanya lima minit permainan apabila pemain pertahanan menghantar bola kepada pemain pertahanan Manchester United, Diogo Dalot.
Dalot mudah mengesan kelemahan Korea dan sebelum membuka lalu kepada pemain sayap, Horta untuk meledak gol di depan 44,000 penonton.
Portugal yang sudahpun layak ke peringkat kalah mati melakukan enam pertukaran daripada pasukan yang mengalahkan Uruguay, 2-0 dengan Dalot dan Horta adalah antara pemain yang diberi peluang beraksi.
Namun mereka tetap kelihatan merbahaya setiap kali melakukan serangan dalam babak pertama berdepan pertahanan Korea.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gkit-benam-portugal |
|
|
|
|
|
|
| |
|