View: 308|Reply: 0
|
500 penyokong bola sepak peluk Islam di Qatar
[Copy link]
|
|
Doha: Beberapa video tersebar di media sosial menunjukkan beberapa penyokong bola sepak yang berada di Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia memeluk agama Islam dengan mengucapkan dua kalimah shahadah.
Menurut beberapa ciapan di akaun Twitter, lebih 500 penyokong memeluk agama Islam sejak kejohanan itu bermula minggu lalu.
Walaupun jumlah itu tidak disahkan, yang pastinya memang benar terdapat individu atau keluarga yang bukan Islam mengucapkan dua kalimah shahadah.
Dengan tanpa sebarang liputan media, ramai yang berkongsi detik mereka memeluk agama Islam di media sosial.
Dalam satu video yang tersebar menunjukkan seorang penyokong Mexico memeluk Islam disaksikan pendakwah Hayyan Al-Yafei di Katara Cultural Village.
Dalam video lain oleh Al Jazeera dalam Twitter menunjukkan sekeluarga dari Brazil memeluk Islam di tempat yang sama.
Penyokong dan seluruh anggota keluarga terbabit tersenyum ketika mereka mengungkapkan kalimah shahadah di hadapan Al-Yafei. Mereka kemudiannya berpelukan sesama sendiri dan bersyukur sejurus selepas berbuat demikian.
Di samping memastikan kelancaran penganjuran Piala Dunia, Qatar turut memastikan pendakwah dan sukarelawan sentiasa bersedia menjawab persoalan mengenai Islam daripada penyokong.
Dengan jutaan penyokong berada di Qatar daripada seluruh dunia, dijangkakan ramai berminat dengan lebih lanjut bukan sahaja budaya masyarakat negara itu malah agama Islam itu sendiri.
Ketika ditemubual Al Jazeera, seorang sukarelawan berkata: "Kami tunjukkan kepada mereka apa itu Islam dan berusaha mengubah persepsi palsu terhadap Islam yang kerap mereka nampak dan dengar selama ini."
Pusat Dakwah ditubuhkan untuk menjelaskan kepada pelawat asing selain mengedarkan risalah kepada mereka.
"Setiap hari kami temui sekitar 50-100 orang dan kami ajar mereka mengenai Islam dan memberikan maklumat kepada mereka," menurut seorang sukarelawan.
Qatar turut memasang papan tanda besar atau banting berunsurkan Islam termasuk hadis mengenai adab menerima tetamu.
Pihak hotel turut menyediakan kod QR bagi membolehkan pengunjung mengimbas dan seterusnya mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dalam pelbagai bahasa di telefon bimbit mereka.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eluk-islam-di-qatar |
|
|
|
|
|
|
| |
|