Umum mengetahui pelakon Nad Zainal masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Rakan-rakan industri seperti penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, Fasha Sandha, Ungku Ismail, Aeril Zafrel dan ramai lagi telah melancarkan tabung kecemasan sebagai inisiatif rakan artis serta peminat bagi meringankan beban keluarga Nad Zainal.
Walau bagaimanapun, terdapat komen negatif dari netizen yang mempersoalkan tindakan artis meminta derma serta menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang memalukan.
“Aik artis pun minta tolong derma jugak ke? Bukan ke artis ni dah ada pertubuhan.
"Kenapa sampai nak minta derma 1 Malaysia. Buat malu je orang tengok,” komen seorang netizen
Tidak berdiam diri, Aeril Zafrel turut membalas komen netizen berkenaan dan menasihati untuk menitipkan doa jika tidak boleh menghulurkan derma.
Foto: via Murai.my
“Kalau tak boleh derma. Doakan pun dah mencukup sis,”balas Aeril.
Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan dengan cepat. -CARI
Post time 30-11-2022 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Patutnya buat ayat mcm. Bkn ke retis mlysia ni rmai yg kaya raya ke?. Mnunjuk kt socmed hdup kmain mewah. Blnja shari bribu2. Xkn nk derma ckt sorang kt member yg sakit pun kena kutip derma netizen. Nmpk nau sengkeknya. Xpyn nmpk nau kedekutnya. Patut buat ayat mcm tu
korang kejar la team timbang kilo, team forex utk kutip derma yang lebih kencang.
aku cadangkan
1. mas khan
2. kak km
3. azwan ali
4. aliff shukri
5. vida
Post time 30-11-2022 03:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia dok sepital privet tu means ada insurance lar. Dh nk crowdfunding utk apa???? Esk2 insurance tu dh nk sampei limit pandai2 la family dia transfer sepital gomen. Caj semestinya rega marhaen. Kalo nk derma pon within ko punya industry je lah. Ko harap 1meleisia pulak huloq sikit sorg mmg xkna tempat. Masing2 pn p hadap sepital gomen bila sakit. Mmg xtau malu dok mintak2 derma gini.
sapa yg derma ni lantak korang laa. klu aku sory laa nk bg sumbangan kat retis ni. nti dah sedar esok, dok salahkan netizen itu ini.. sory ramai lg yg memerlukan. tlg laa anak2 yatim, org miskin, rakyat marhaen yg x mampu byr bil hosp semua tu
Post time 30-11-2022 03:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Fly_over at 30-11-2022 03:57 PM
pindahkan jela sepital gomen. melainkan korg sesama retis nk hulur smpi sihat. yg bukak tabung ni xyah libatkan netizen. netizen ni bukan berada nk compare kn dgn retis.
betul la gak, kumpul la sesama geng artis dulu, sesama family dia dulu. pastu kalau kata insurance dah takleh cover, mintak je la tukar ke gomen. kat area klang valley ada banyakkkkkk hospital gomen kot, kalau GH tak cukup, hospital ampang ada, selayang ada, sg buloh ada, serdang ada, klang ada, kajang ada........bila dah tak dapat sangat baru la cari netizen ni haaa.