CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2403|Reply: 23

Dah Lah 'Komplen' Makanan Tak Sedap, Gelandangan Siap Maki Sukarelawan

[Copy link]
Post time 30-11-2022 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Dimarah sebab makanan tidak sedap atau lambat sampai antara pengalaman dilalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepanjang me­nyantuni gelandangan termasuk menyediakan makanan buat golongan berkenaan.


Tidak cukup dengan itu, ada juga gelandangan yang bertindak di luar batasan dengan mengherdik dan memaki sukarelawan yang bertugas dengan kata-kata kesat ketika agihan makanan dilakukan.


Bagaimanapun, rata-rata wakil NGO memaklumkan, tidak semua gelandangan berperangai sebegitu dan hanya melibatkan segelintir individu.


Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah, Mohd. Khairul Azman Md. Daud berkata, pihaknya pernah melalui pengalaman tersebut sewaktu mula-mula terlibat dengan kerja-kerja amal untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan.




Seorang lelaki melewati beberapa orang lelaki gelandangan yang menjadikan bangku di ruang menunggu teksi sebagai tempat tidur mereka. - GAMBAR HIASAN




“Kami membuka Warung Makan Sahabat di Chow Kit, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu iaitu ketika pandemik Covid-19. Pada peringkat awal, memang ada segelintir yang suka marah-marah dan buat bising.


“Disebabkan perlu menjaga jarak, kita minta mereka beratur, namun ada pula tidak puas hati,” katanya kepada Kosmo! semalam.


Beliau berkata, selain itu, ada juga yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan perbuatan itu dilakukan bukan hanya dilakukan oleh gelandangan lelaki, tetapi juga gelandangan wanita.


“Mereka marah-marah dan suka memekik kerana mungkin kepala tengah pusing (penagih). Kita faham di Chow Kit ini, gelandangan datangnya dari pelbagai latar belakang dan ada yang melacur, mualaf, penagih dadah. Malah, ada juga yang tinggal bersekedudukan tanpa nikah.


“Jika berdepan dengan situasi sebegini, kami tidak punya pilihan lain melayan karenah mereka. Itu pengalaman ketika awal-awal dahulu dan sekarang ramai yang berubah,” ujarnya yang turut membuka kelas pengajian agama kepada gelandangan.




Gelandangan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ada yang menjadi pelacur, penagih dadah dan mualaf. – GAMBAR HIASAN




Wakil We Care Dapur Asnaf, Haliza Abdul Halim pula berkata, ada segelintir gelandangan yang suka meluahkan rasa tidak puas hati hanya kerana mendakwa makanan yang diberikan tidak sedap.


“Antara kawasan yang kami santuni termasuklah di kawasan sekitar tepi sungai dari Pasar Seni hingga Cahaya Suria.


“Apabila mereka kata tidak sedap, kita pastikan orang yang memasak itu ada kualiti atau kita hentikan tempahan. Kami hanya akan beri makanan yang sesuai dan sedap kerana status mereka sebagai asnaf,” katanya yang te­lah menjalankan kerja-kerja amal selama 22 tahun.


Katanya lagi, gelandangan ini mempunyai pelbagai sikap dan amat penting untuk menghormati mereka.


“Kalau kita hormat, mereka juga akan hormat kita. Tidak perlu ambil peduli sangat dengan sikap-sikap tersebut kerana semua orang tidak sempurna,” ujarnya.


Sementara itu, Marfika Adnan Haris Fadzilah, 31, yang sering melakukan kerja amal membantu gelandangan mengakui hanya segelintir kecil golongan itu yang disifatkan tidak bersyukur dengan pemberian makanan.


“Kadang nampak mereka se­perti tidak bersyukur. Orang beri makan, dikatakan tidak sedap, namun ia hanya melibatkan jumlah kecil,” jelasnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang diorang ni jadi macam tu akibat sikap dan perbuatan lalu diri sendiri. So tak heranglah perangai camtu. Bukan lah semua, tapi tu kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 04:55 PM | Show all posts
henyakkan je muka babi2 cmtu kat dalam tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 30-11-2022 04:55 PM
henyakkan je muka babi2 cmtu kat dalam tong sampah

Campak sungai je babi2 tu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 05:17 PM | Show all posts
Babai replied at 30-11-2022 05:16 PM
Campak sungai je babi2 tu semua.

mencemarkan sungai je
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 05:26 PM | Show all posts
Edited by _blackbird at 30-11-2022 09:27 AM

aku tak paham la yg jenis homeless by choice ni masuk dlm kategori asnaf. kalau kurang upaya, disable dari segi kesihatan / faktor usia / fizikal ni ok lah kita patut tolong, ni yg in prime segar bugar & satu2 kecacatan yg dia ada adalah kemalasan yg melampau.
kalau ada kerja tapi gaji tak cukup terlalu sikit tu ok la juga zakat tolong keluarkan dia dari kemiskinan & boleh independent. ni masalah homeless by choice ni mmg takda rasa nak berubah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2022 05:32 PM | Show all posts
The clinics tend to be staffed by volunteer doctors and nurses and rely heavily on private donations, both of cash and pharmaceutical and medical supplies.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 05:54 PM | Show all posts
untung la da dibagi makanan..ade level2 homeless ni sia kita offer kerja..baru kerja 2,3 hari da kata penat la malas la terus tak datang..nampak tak sifat pemalas super duper tu..tau nak bersuap je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungai pun xnak terima mereka. Smbil ckp: heyyyh manusiaaaaa.... Siapakah itu ahmad albab... Ahmad albab... Gitchuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 hamjad ni lah yg jadi kutu sampah mengotorkan bandaraya..patutnya kjaan,dbkl letak je dorg ni kat satu pulau..buat asrama,ada klinik dan lain2 kemudahan drpd dok biar bebas kesana kemari buat sampah,berak kencing merata tepi jalan dah mcm negara takde tamadun
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelandangan ni ramai yang dibuang keluarga
Maksudnya zaman dulu mereka yang tak peduli keluarga, tak bertanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 30-11-2022 05:16 PM
Campak sungai je babi2 tu semua.

Depa bukan babi depa manusia..khalifah Allah SWT di muka bumi

Ingat mudah nk sabar? Kat situ Ler nk uji diri bab sabar...tau tak nilai sabar di sisi Tuhan tu lagu mana?

Sukarelawan tu SME blajaq sabar...beso pahala sabar depa

Depa SME tu jadi gitu pun adaaaaa saham dosa kita sebagai masyarakat manusia

Kalo kita tak mampu buat cam sukarelawan tuu..support  lah depa..cakap baik baik n kalo tak boleh gak better DIAM

dari samakan depa MCM babi

Istighfar bebanyok Yeop..astaghfirullahhh

Sekian dari al fadil setad ajino Al bagani Al poremi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok layan sgt yg kurang ajar tu, makin menjadi. Dah lah hidup atas ihsan org, ada hati nk komplen.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-11-2022 06:55 PM
Puak2 hamjad ni lah yg jadi kutu sampah mengotorkan bandaraya..patutnya kjaan,dbkl letak je dorg ni  ...

Setuju, mencacat pemandangan ja, malu pd pelancong. Kalau yg tahu berterima kasih dan terpaksa jadi homeless tu kesian tapi yg sengaja malas dan pengotor tu jgn dok spoon fed, makin menjadi2. Dependen pulak pd ngo bagi mkn. Eh senang bykkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 30-11-2022 08:19 PM
Setuju, mencacat pemandangan ja, malu pd pelancong. Kalau yg tahu berterima kasih dan terpaksa jad ...


Kem plkn  banyak yg dah x guna..selain letak pati rohingya..knp kjaan x letak je gelandangan spisis pemalas+pengotor ni kat situ..dbkl@jkm boleh kutip gelandangan2 kat kl ni letak kat situ.buat mcm tempat transit glandangan..kalo nk bebas boleh tapi dgn syarat dah insaf dan x boleh jadi gelandangan semula..selagi x insap mereput la ko dlm kem plkn tu makan minum berak cangkung smp ajm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 08:51 PM | Show all posts
forumer2 pemalas yang "iols suka je PKP" pun sama je dengan gelandangan2 ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:57 PM | Show all posts
xila tergodek2 rusly kerr gelandangan itteww
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 09:18 PM | Show all posts
Mental dah tak betul tu.. Abaikan lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Layan la sgt gelandangan tu sume...koser
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046971 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list