CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 0

Amitabh Bachchan Fail Tuntutan Mahkamah, Larang Guna Nama, Gambar, Suara Dan Personalitinya

[Copy link]
Post time 29-11-2022 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi Delhi untuk melarang individu atau syarikat menggunakan nama, gambar, suara dan personaliti keperibadiannya tanpa kebenaran, lapor agensi berita Sputnix.


Bachchan yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia, terpaksa menggunakan tindakan undang-undang selepas beberapa insiden penipuan atas talian dan loteri di mana gambar dan suaranya disalah gunakan.




Zoom TV




Hakim Navin Chawla pada Jumaat lalu meluluskan perintah sementara bagi menghalang orang ramai melanggar hak personaliti dan publisiti Bachchan.


Mahkamah menyatakan orang ramai dan entiti telah menggunakan status pelakon itu tanpa kebenarannya untuk mempromosikan perniagaan mereka.


Bachchan diwakili peguam Harish Salve, juga memohon perintah sekatan terhadap penerbit buku, penjual t-shirt dan perniagaan lain.


Plaintif berkemungkinan mengalami kerugian dan kemudaratan. Beberapa aktiviti telah mencemar nama baiknya.


"Memandangkan perkara di atas, perintah sementara telah diluluskan," kata Hakim Chawla.




Sumber: Sinar Harian










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list