CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Perak] Bukan rusuhan tapi kandungan TikTok diubah suai

[Copy link]
Post time 23-11-2022 04:41 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Yusri Hassan Basri (kanan). FOTO BErnama

Ipoh: Tiada kes rusuhan dan perhimpunan haram dalam kalangan ahli parti politik di Lenggong dekat sini, Isnin lalu seperti disebarkan menerusi aplikasi TikTok, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau sebaliknya berkata, gambar yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok kononnya wujud situasi tidak aman di Lenggong, sebenarnya disunting dan kandungan di media sosial itu didapati direka cipta secara kreatif.

"Hasil semakan mendapati gambar yang dimuat naik itu diambil semasa penugasan kawalan keselamatan pihak polis pada hari penjumlahan undi, Sabtu lepas.

"Individu yang melakukannya sangat kreatif dengan mengambil gambar pada situasi yang berlainan, kemudian 'disusun' serta mereka cerita kandungan bahawa berlaku situasi tidak aman terutama di kawasan Lenggong. Seperti mana kita tahu, Lenggong adalah kawasan Menteri Besar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Menurutnya sepasukan anggota turut ditempatkan di sekitar kawasan Dewan Merdeka di Lenggong bagi menjalankan pemantauan namun tiada sebarang rusuhan seperti didakwa.

Kandungan itu menggambarkan kononnya berlaku keadaan tidak tenteram selepas Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak, apabila gabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak melakukan siasatan secara terperinci terhadap pemilik akaun Tik Tok yang menyebarkan video berkenaan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tiktok-diubah-suai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057865 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list