CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRU-15: Berakhirnya legasi keluarga Anwar di Permatang Pauh

[Copy link]
Post time 20-11-2022 01:45 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Berakhirnya legasi keluarga Anwar di Permatang Pauh



BERNAMA



REAKSI Nurul Izzah selepas tewas dengan Muhammad Fawwaz, malam tadi. FOTO Bernama




Permatang Pauh: Selapas 40 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selepas itu isternya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akhirnya anaknya, Nurul Izzah menyerahkan kerusi legasi keluarganya kepada parti lawan.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mencipta sejarah apabila kawasan Parlimen tersebut yang menjadi kubu kuat PKR sejak 1982 kini bertukar tangan kepada PAS yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Penyandang kerusi itu, Nurul Izzah, yang mewakili Pakatan Harapan (PH) tewas kepada calon PN-PAS, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi sementara Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, mendapat 32,366 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (16,971 undi) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) meraih 473 undi.

Muhammad Fawwaz, yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang berkata, beliau bersyukur dan berharap dapat merealisasikan janji-janjinya dalam tempoh lima tahun ini.

"Saya ingin meminta maaf jika ada membuat silap sepanjang berkempen dan saya berhasrat untuk menyatupadukan Permatang Pauh. Kita semua bersaudara," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Bukit Mertajam, di sini, pagi ini.

Pada PRU-6, April 1982, Anwar, bertanding atas tiket BN, merampas kerusi itu daripada PAS apabila mengalahkan Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.

Anwar menyandang kerusi berkenaan sehingga 1999 ketika beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain menjalani hukuman penjara selepas berdepan dengan dakwaan rasuah dan liwat.

Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Parlimen berkenaan dan menang pada 1999 (PRU-10) dan menyandang kerusi berkenaan sehingga 2008.

Pada 31 Julai 2008, beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas dibebaskan dari penjara.

Anwar mengekalkan kerusi itu pada 2013, namun statusnya sebagai Ahli Parlimen ditarik balik susulan sabitannya dalam kes liwat, pada 2015.

Dr Wan Azizah kemudian kembali mengambil alih kerusi terbabit dalam PRK selepas itu dan menyandangnya sehingga PRU14 sebelum Nurul Izzah mempertahankan kerusi itu apabila menewaskan Mohd Zaidi (BN-UMNO) dengan majoriti 15,668 undi.


Disiarkan pada: November 20, 2022 @ 12:55pm



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2022 02:44 PM | Show all posts
adeke pulak kerusi yb yg nak khidmat pd rakyat nak main waris warisan
gila ke apa mental

benda patott Islam ajar - tgk pd agama dulu, lepas tu baru skil2 lain...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050585 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list