CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tindakan terdesak mahu burukkan saya' - Muhammad Yusoff

[Copy link]
Post time 18-11-2022 02:05 PM | Show all posts |Read mode
'Tindakan terdesak mahu burukkan saya' - Muhammad Yusoff

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN   18 November 2022     11:59am






Muhamad Yusoff




TASEK GELUGOR - Tindakan terdesak dan sengaja mahu menghasut fikiran penggundi dengan fitnah serta serangan peribadi.

Itu reaksi Calon BN Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor apabila ditanya mengenai video tular kononnya beliau sedang minum air ketum.

Muhamad Yusoff berkata, fitnah itu langsung tidak menjejaskan beliau untuk terus berkempen untuk melawan parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun tempoh berkempen hanya berbaki tidak sampai 24 jam.

Tegasnya, serangan itu cubaan untuk menganggu kempen serta menghasut fikiran penduduk menjelang hari pengundian esok.

“Macam mana mereka kata tu air ketum? Kalau benar mereka ada bukti buat laporan biar polis jalankan siasatan dan saya sedia untuk disiasat.

“Sampai bila rakyat hendak 'disaji' dengan benda-benda macam ini. Adakah mereka takut kalah? hingga perlu melakukan serangan peribadi sebegini terhadap saya?," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Muhamad Yusoff berkata, sepatutnya pada saat akhir ini semua pihak yang bertanding perlu berkempen secara sihat dan terus yakinkan pengundi dan bukan menggunakan taktik kotor.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 23 saat di Facebook menunjukkan dua lelaki memakai baju BN sedang membuka satu bungkusan air berwarna hijau yang didakwa air ketum.




Dalam video sama, mereka menunjukkan calon yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor kononnya berada dalam keadaan lalok bersama satu botol air berwarna gelap.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14449 Replies : 51
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20045 Replies : 92
Newbie thread- pengalaman shopping online
BihungorengNewbie thread- pengalaman shopping onlin
Views : 11653 Replies : 25
Lawak Puasa
XimLawak Puasa
Views : 23344 Replies : 71
Dah kenapa dikkk?
cef_gangoDah kenapa dikkk?
Views : 7342 Replies : 38
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8612 Replies : 34
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6260 Replies : 35
[EMAK OH EMAK]
Laracrop[EMAK OH EMAK]
Views : 5309 Replies : 29
Roti Kaya Asam Jawa
vanilla_vellRoti Kaya Asam Jawa
Views : 15447 Replies : 66
Beza staff dan management
chaconBeza staff dan management
Views : 2557 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054047 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list