|
Shakira tidak akan lakukan persembahan pada pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 Isnin ini.
DOHA: Piala Dunia Qatar akan berlangsung tidak lama lagi ketika seluruh dunia akan memberi sepenuh tumpuan kepada upacara pembukaan kejohanan sukan terbesar dunia itu pada 21 November ini.
Upacara pembukaan biasanya menampilkan artis terbaik dunia, yang mana lagunya akan menjadi klasik apabila tiba Piala Dunia. Sebagai contoh lagi berhantu 'Waka Waka' oleh Shakira pada 2010.
Bagaimanapun, kritikan yang dilemparkan terhadap Piala Dunia di Qatar menyebabkan sesetengah artis menolak peluang untuk 'beraksi' pada upacara pembukaan.
Itulah yang dilakukan penyanyi Dua Lipa dan Rod Stewart, yang menolak peluang untuk membuat persembahan.
Bagi Shakira, penyanyi Colombia itu mempunyai isu peribadi yang perlu ditanganinya dan kehadirannya pada Piala Dunia di Qatar dikritik hebat dalam media sosial.
Bagaimanapun, menurut 'El programa de Ana Rosa', Shakira tidak akan membuat persembahan pada upacara pembukaan itu selepas mengubah fikirannya hanya beberapa hari sebelum Piala Dunia bermula.
"Ia sudah disahkan kepada saya Shakira tidak akan membuat persembahan pada upacara pembukaan, tetapi mereka tidak menyatakan jika dia masih diberi peranan lain sepanjang Piala Dunia," kata Adriana Dorronsoro dalam program itu.
Sandra Aladro, seorang lagi penerbit program Telecinco itu berkata, dia sudah bercakap dengan wakil penyanyi itu.
"Mereka mengesahkan dia tidak akan membuat persembahan," kata Aladro.
"Dia sepatutnya tampil sebagai penyanyi jemputan, kini dia terpaksa mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan segala-galanya," tambahnya. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ira-buat-pusingan-u |
|
|
|
|
|
|
|
Panggil Ratu Rock Malaya je Ello nyanyi lagu standing in the eyes, confirm meletup tak pon search & wings |
|
|
|
|
|
|
| |
|