CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

[Perak] PRU-15: Ditahan edar risalah politik di kawasan larangan

[Copy link]
Post time 16-11-2022 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Lumut: Tiga lelaki ditahan kerana mengedar risalah politik di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis menerima aduan daripada pasukan Provos Tentera Laut (Protela) TLDM Lumut yang mengesan tiga lelaki berusia 19 hingga 33 tahun itu yang mengedar risalah politik di kawasan larangan.

"Saya ingin menasihatkan semua parti yang bertanding supaya patuhi segala peraturan dan undang-undang yang dikuat kuasa sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


"Sila patuhi Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan mana-mana individu yang gagal mematuhi perkara ini, boleh dikenakan penjara atau denda seperti mana yang diperuntukkan Seksyen 7 akta ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-kawasan-larangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057058 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list