CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2627|Reply: 48

Guna Simpanan Sendiri, Tun M Jual Saham Semata-Mata Untuk Bertanding

[Copy link]
Post time 16-11-2022 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mendedahkan parti yang diasaskannya itu terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri semata-mata untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi mengembalikan pentadbiran negara kepada parti yang bersih, tanpa salah guna kuasa dan korupsi.


Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, tiada siapa pun termasuk orang kaya yang mahu membantu dan menderma wang kepada parti baharu itu kemungkinan disebabkan situasi ekonomi yang tidak menentu.




FB Tun M




“Apa yang saya terpaksa buat adalah menjual saham saya semata-mata untuk bertanding,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberi ceramah Negarawan Bersama Dr. Banjir Gegar Ampang, Pangsapuri Nilam, Bandar Baru Ampang, malam ini.


Beliau hadir bersama isteri, Tun Dr. Hasmah Ali dan calon Pejuang bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Mohd. Rafique Rashid Ali dan calon Parlimen Ampang, Nurul Asyikin Mabahwi.


Terdahulu dalam ucapannya, beliau mendedahkan ketika zaman pentadbirannya, Perdana Menteri dan Menteri tidak memiliki sumber kekayaan yang banyak berbanding semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas dirinya meletakkan jawatan.


“Zaman saya mereka tak kaya,” katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) mengakui hidupnya sebagai Perdana Menteri memiliki kelebihan sebagai penjawat awam seperti diberi dua atau tiga kereta, boleh menggunakan pesawat kerajaan untuk pergi ke mana-mana termasuk luar negara atas faktor kerja.


“Bahkan bil air, elektrik dan cukai tanah juga ditanggung kerajaan. Saya adalah menyimpan sikit-sikit dan beli rumah tapi tidaklah sampai kaya raya.


“Seorang lagi Menteri yang sudah meninggal dunia juga begitu sampai berebut harta,” jelasnya.


Dalam pada itu, Dr. Mahathir menambah, beliau juga pernah berhabis wang demi untuk perbelanjaan PRU.


“Terpaksalah keluar sedikit demi memastikan medan PRU ini digunakan untuk menukar kerajaan.


“Kita bukan hanya nak menang di Ampang tetapi lebih 112 kerusi supaya boleh tubuh kerajaan,” katanya.




Sumber: UTUSAN








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 11:56 AM | Show all posts
love you, Tun ! Semoga GTA / Pejuang menang esp di Sepang, Tg Karang dan bbrp tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpalah atuk kan kaya…
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb dia kwn baik paksu mid rasa mcm nak sokong plak parti pejuang ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 16-11-2022 11:56 AM
love you, Tun ! Semoga GTA / Pejuang menang esp di Sepang, Tg Karang dan bbrp tempat lain

Tg karang lando bertanding kan
Harap menang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:14 PM | Show all posts
shernazz replied at 16-11-2022 12:10 PM
Tg karang lando bertanding kan
Harap menang

yup... iols harap sgat DP Che Asmah tu menang kt Sepang... untung org Sepang kalau dpt dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 16-11-2022 12:14 PM
yup... iols harap sgat DP Che Asmah tu menang kt Sepang... untung org Sepang kalau dpt dia...

Che asmah mmg orang asal situ ke uols?tu la..sebelum ni sapa.tah ya g suka provok2.tu..orang pas kan kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:19 PM | Show all posts
grouper replied at 16-11-2022 12:00 PM
Sbb dia kwn baik paksu mid rasa mcm nak sokong plak parti pejuang ni

Sokong lah Pejuang. Org2 nya terdiri ramai dari org NGO yg mmg ikhlas nak berkhidmat sbbtu diorg join NGO. so Tun ambil org2 mcm ni utk masuk politik bukan untuk bertelagah hal2 politik tp utk bw org2 yg mmg betul nk berkhidmat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la tokk duit tak bole bawa masuk kubur
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:21 PM | Show all posts
shernazz replied at 16-11-2022 12:17 PM
Che asmah mmg orang asal situ ke uols?tu la..sebelum ni sapa.tah ya g suka provok2.tu..orang pas k ...

sheols duduk Sepang 20 tahun rasanya, tak pasti dia asal mana...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tak nak derma sbb org nk ko berehat.. sudah2 la asyik muka ko je. Your era is over and long overdue. Retire gracefully!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:26 PM | Show all posts
marvelez: Sokong lah Pejuang. Org2 nya terdiri ramai dari org NGO yg mmg ikhlas nak berkhidmat sbbtu diorg join NGO. so Tun ambil org2 mcm ni utk masuk politik  ...

Tun ni kalau dia jadi PM tapi tanpa DAP dia OK Je .
masa DAP jadi kabinet TUN bunyi berdecet pun takde.
diam memanjang.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:27 PM | Show all posts
Orix replied at 16-11-2022 03:56 AM
love you, Tun ! Semoga GTA / Pejuang menang esp di Sepang, Tg Karang dan bbrp tempat lain

Tun sama sekali tak akan bagi Anwar jadi PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:28 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 16-11-2022 12:22 PM
Org tak nak derma sbb org nk ko berehat.. sudah2 la asyik muka ko je. Your era is over and long over ...

Atok banyak je dapat dana masa dia dalam Bersatu. Tak pelik ke mana PN boleh dapat dana banyak2 untuk kempen PRU kali ni siap boleh hire retisss instafamous lagi utk promote PN... Lobai mana pulak nak derma utk PN ??? Tycoon besar mana pulak nak derma utk parti PN ??? Itu semua duit peninggalan dana yg atok dapatkan dari bisnes tycoon...  Tapi bila atok tinggalkan Bersatu atok tak ugkit langsung pasal dana2 yg atok dapatkan untuk Bersatu, even Syed Saddiq pun bila keluar Bersatu dia ambil balik duit2 dana yg dia dptkan utk Bersatu sampai sangkut kes mahkamah... atok relax2 sajooo biarkan duit2 usaha yg dia dapatkan dana utk parti digunapakai utk PN... xde pulak atok nk msuk ke dlm acc sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 16-11-2022 12:21 PM
sheols duduk Sepang 20 tahun rasanya, tak pasti dia asal mana...

I see..okay la tu..tau la perkara2 setempat kan...
Iols sini dr mariah adun pung opis dia sentiasa terbuka utk sapa2 datang..alhamdulillah...
Yeo bee yin bertanding utk parlimen sini..tak tau la mcmana dia sebab tak dengar lagi apa apa soksek2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 16-11-2022 12:28 PM
Atok banyak je dapat dana masa dia dalam Bersatu. Tak pelik ke mana PN boleh dapat dana banyak2 un ...

Dengor kata atok byk NGO support bethol ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 01:46 PM | Show all posts
gigahertz replied at 16-11-2022 12:26 PM
Tun ni kalau dia jadi PM tapi tanpa DAP dia OK Je .
masa DAP jadi kabinet TUN bunyi berdecet pun t ...

sbb DAP ada 48 kerusi di parlimen. kalau atok bunyik 48 MP tu nnt tarik sokongan atok as PM mmg abes la.. atok dalam PH chuols kena faham kedudukan dia, merely sbb nk jatuhkan umno je... atok susah nak jd diktator... tambah pulak dgan team bangnon lagi... PH mmg susah nk bersatu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 01:47 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 16-11-2022 01:10 PM
Dengor kata atok byk NGO support bethol ker?

terang2 yg bertanding atas tiket Pejuang pun org NGO
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 16-11-2022 12:27 PM
Tun sama sekali tak akan bagi Anwar jadi PM


Kenapa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:08 PM | Show all posts
Orix replied at 16-11-2022 05:46 AM
sbb DAP ada 48 kerusi di parlimen. kalau atok bunyik 48 MP tu nnt tarik sokongan atok as PM mmg ab ...

DAP ada sejenis perangai. Kalau PM tak ikut apa yang DAP nak
DAP akan undi tak percaya ramai-ramai. tu Tun letak jawatan.
semua sekali gugur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053337 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list