CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2996|Reply: 5

B SATHIANATHAN DI GANTUNG OLEH FAM

[Copy link]
Post time 26-10-2010 03:29 PM | Show all posts |Read mode
................................................................................................





JURULATIH DIGANTUNG... PENYOKONG CADANG BERDEMO DEPAN FAM Posted by Abu Nu'man Monday, October 25, 2010


KOTA BHARU: Kontroversi ketua jurulatih B Sathianathan digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kian memuncak di Kelantan.


Insiden ini memberi gambaran pengurusan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors sudah mula ‘mencipta rasa benci’ terhadap badan induk itu ketika saat genting menentang Negeri Sembilan di final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Rasa marah itu seperti ‘menggegar’ bumi negeri Pantai Timur itu dan terkini Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan bercadang berdemonstrasi di depan Wisma FAM bagi menunjukkan sokongan kepada ketua jurulatih yang digantung dan didenda itu.

“Tindakan seperti itu seolah-olah menunjukkan wujudnya tangan-tangan ghaib yang ingin melihat moral pemain Kelantan terjejas menjelang final Sabtu ini,” kata Presiden kelab berkenaan, Marhashim Mat, semalam.

Apapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang turut kecewa dengan perkembangan ini meminta pengurusan pasukan dan penyokong setia bersabar dan memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan sebelum final ini.

“Saya terperanjat sebab kes itu (membabitkan komen Sathia mengenai stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lalu) sudah berlaku dua atau tiga bulan lalu dan ketika kita berada di saat genting memerlukan jurulatih.

Tapi tiba-tiba kami tidak dapat khidmatnya.
“Saya minta pemain bermain dengan baik, jika mereka sayang kepada presiden dan jurulatih, mereka perlu berjanji untuk menang,” katanya selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam kelmarin.

.... BILA TARIKHNYA... FINAL DAH DEKAT NIE???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 11:42 PM | Show all posts
dok terbayang dah sapa dia tangan ghaib tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:37 PM | Show all posts
FAM tak boleh langsung dikritik

Mmg pemerintahan kuku besi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 09:07 PM | Show all posts
FAM CKP TAK SERUPA BIKIN KEREJA... DULU CKP KONON NYE PENGURUSAN LAMA BYK YG  BUAT KERJA TAK BETOL, TAPI PENGURUSAN YG BARU NI PUN SAMA JUGAK TAK BETUL, LAGI CEPAT MELATAH ...! BELOM APA-APA LAGI DAH NAK TERUS JATUH HUKUM. CKP DULU NAK PERBAIKI KELEMAHAN, TAPI STILL LAGI DI TAKUK LAMA JGK, TAK BOLEH DI TEGUR DEMI UTK KEBAIKAN BOLASEPAK MSIA. MEMANG DIORG MUDAH LUPA, TAK SEDAR, DLM ASIA PUN MSIA DAH JAUH KETINGGALAN , INI KAN PULAK NAK MASUK WORLD. DLM FAM PUN BYK LAGI YG PELU DI PERBETULKAN. BYK KERUSI-2 ORG-2 NYEYG TAK TAHU PASAL BOLA.. HNYA PANDAI BODEK DAN CKP AJE LEBIH DARI KEJE.!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 12:54 PM | Show all posts
tangan ghaib ini jugalah punca mengapa N9 tidak dibenarkan lawan Kelantan, sebaliknya Selangor dipilih lawan Kelantan dalam piala Sumbasih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 04:26 PM | Show all posts
itu la FAM dulu kini dan selamanya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050661 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list