CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1736|Reply: 4

Aurel Dedah Minta Cerai Dari Atta Lepas Dua Bulan Bernikah

[Copy link]
Post time 28-10-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan YouTuber Aurel Hermansyah membuat pengakuan yang mengejutkan di tengah kebahagiaan yang dipamerkan bersama suami, Atta Halilintar dan anak perempuan mereka.


Anak Krisdayanti itu mengaku sempat mahu berpisah dan meminta cerai dari Atta hanya selepas dua bulan bernikah.


Keputusan itu mahu diambil kerana terkejut dengan sikap Atta yang diakuinya berbeza dari zaman mereka bercinta.




IG Aurel





“Kita menikah pun belum tentu dapat mengenal sikap pasangan 100 peratus.


“Mungkin ada yang kata ‘saya sudah cukup kenal perangai suami’, tapi selalu saya dalam hati kata ‘tak mungkin,” katanya dalam YouTube TS Media seperti dilaporkan Kompas.


Aurel menambah: "Orang yang sudah 50 tahun nikah, tidak akan tahu 100 peratus  (pasangannya). Yang tahu hanya diri dia sendiri.  Ibu dan bapa dia juga pasti tidak tahu.


Menurutnya lagi, jangka masa lama atau sekejap  sebuah hubungan tak menjamin pasangan boleh saling mengetahui karakter satu sama lain.  


"Awal-awal  menikah, saya cakap ‘saya tidak boleh dengan anda’. Terus, perasaan yang sama datang dalam tempoh dua bulan menikah. ‘Tak boleh, tak boleh nikah dengan kamu’,” akuinya.


Akuinya lagi lantaran berasa tidak sesuai berada dalam pernikahan dengan Atta, Aurel meminta YouTuber popular itu memulangkannya kepada keluarga.


"Lebih baik pulangkan saya kepada keluarga kerana saya tak rasa boleh melanjutkan perkahwinan ini,” katanya.


Kata Aurel salah satu perkara yang membuat dia berasa tidak boleh bertahan dalam perkahwinan itu adalah kerana suaminya tidak akan memujuk.


“Saya sempat cakap pada diri sendiri, ‘gila’ ini orang,” kenangnya.




IG Aurel




Meski demikian seiring waktu berjalan, Aurel mulai menyedari dia tidak tidak boleh mendahulukan egonya. Dia juga mulai tahu cara menghadapi Atta.


“Ternyata setelah berjalannya waktu, saya sudah tahu. Biarkan atau iyakan dulu, berjalannya waktu, dia pasti bakal kendur sendiri," ujar Aurel.


Penyanyi ini juga mengatakan kuncinya hanya satu iaitu menjalin komunikasi yang baik dengan pasangan.  


“Pada saya, hubungan kalau komunikasinya sudah tidak bagus, sudah tidak akan boleh berjalan lagi.


“Alhamdulillah sekarang semakin baik, yang awalnya kerap bergaduh," kata Aurel.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 01:39 PM | Show all posts
It hurt to hear about the divorce. When my friend from the office where we were both part of an essay writing service found out about your divorce we are not happy and it will be a better option if you both stayed together again.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 02:08 PM | Show all posts
mcmana la diaorg ni eh? 24/7 camera keliling rumah. aduiii... kita tengok pun naik dah rimas
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:36 PM | Show all posts
Benda biasa la tu baru2 kawin. Tekejut pasangan pangai lain macam. Lama2 ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pn nk ceritaaa…xkn nk ikut perangai mak & makcik yg bercerai berai kok rel?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.759410 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list