CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Perak] Pergaduhan pasal baja berakhir dengan kematian

[Copy link]
Post time 25-10-2022 11:31 AM | Show all posts |Read mode

UNIT Forensik IPK Perak menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Parit Buntar: Pergaduhan dua lelaki sehingga menyebabkan kematian di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang di sini, dipercayai berpunca daripada kes curi baja.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pergaduhan tercetus selepas mangsa berusia 47 tahun menahan seorang lelaki di tengah jalan dan menumbuk bahagian pipi individu berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudian membalas dengan menumbuk mangsa pada hidung dan pergelutan berlarutan sehingga kedua-dua mereka terjatuh ke dalam tali air.


"Pergaduhan suspek dan mangsa kemudiannya berjaya dileraikan penduduk setelah kedua-duanya naik ke daratan.

"Selepas dileraikan, suspek pulang ke rumahnya, manakala mangsa rebah dan tidak sedarkan diri ketika pergi ke motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Menurutnya lagi, punca pergaduhan dikatakan kerana mangsa menuduh mencuri baja miliknya.

"Susulan kejadian, suspek berusia 40 tahun di tahan di rumahnya kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada 6 petang semalam.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang bekerja sendiri itu positif methamphetamine.

"Suspek memiliki enam rekod jenayah lampau dalam kes jenayah dan dadah akan direman di Mahkamah Majistret Parit Buntar," katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hir-dengan-kematian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157113 Replies : 3850
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18945 Replies : 73
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4025 Replies : 67
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 1313 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 1717 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8653 Replies : 152

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.162096 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list