View: 1487|Reply: 6
|
Niat Baik Nak Tolong B40, Mydin Menawarkan 1 Kilogram Paket Gula Untuk Caprice Bantu Setiap Golongan Yang Memerlukan!
[Copy link]
|
|
‘Respect’ betul jawapan bos Mydin... Minta Caprice jangan terasa sebaliknya nak bantu sumbang paket gula
PENGARAH Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berharap Caprice tidak terasa hati dengan pengendali laman sosial pasar raya berkenaan berhubung tweet yang dikatakan berunsur penghinaan.
Menurut Ameer, status ditulis pengendali Twitter rasmi Mydin itu sama sekali tidak mengaitkan nama penyanyi berkenaan dan hanya menulis berdasarkan isu semasa.
"Apa yang kita buat itu tiada kena mengena sesiapa, kita tak hashtag dia... tidak pakai nama dia pun tapi mungkin dia terasa.
"Dalam Twitter ini kadang kala bergurau senda, biasalah budak-budak (pekerja) saya main (tulis) apa yang trending. Jadi apa ditulis tidak perlu diambil hati," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, dia juga menyatakan pihak Caprice masih lagi belum menghantar apa-apa dokumen mengenai isu ini.
"Dia pun belum menghantar apa-apa. Kami bukan bergaduh, niat kita dua-dua baik nak bantu orang. Jangan ada ego atau marah pada sesiapa," katanya lagi.
Sementara itu, Ameer turut meluahkan hasrat mahu berkerjasama dengan penyanyi rap berkenaan memandangkan masing-masing mempunyai tujuan yang sama iaitu ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan.
"Kami berterima kasih dengan Caprice sebab dia banyak beli barang dekat Mydin dan dia buat kerja kebajikan, jadi saya juga akan menawarkan 1 kilogram paket gula untuk Caprice bantu setiap golongan yang memerlukan.
"Kalau boleh kita nak bekerjasama untuk kerja amal... pada saya ini satu kerja yang baik, daripada kita tweet sana-sini baik kita bekerjasama. Niat dia pun baik, nak tolong B40 sama dengan niat, kita baik bergabung," tambahnya.
Sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyuarakan hasrat untuk menyaman pihak Mydin selepas memuat naik satu kenyataan yang dikatakan berunsur sindiran.
"Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice," tulis pengendali Twitter berkenaan.
Sementara itu, Caprice menerusi hantaran terbaharu di Instastory memberitahu dia akan meneruskan saman terhadap Mydin.
"Saya tidak pernah sangka seseorang yang kami hormati akan merendahkan diri untuk membiarkan pasukan media sosialnya menyindir saya.
"Macam mana nak nafikan sedangkan ruang komen memang tag/ tau menunjukkan kepada saya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mydin sedia kerjasama dengan Caprice. |
|
|
|
|
|
|
|
Senyum manis la lepasni topi dapat gula gula |
|
|
|
|
|
|
|
So bleh tukar nama tmbah word gula/sugar/sweet ke? |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tidak pernah sangka seseorang yang kami hormati akan merendahkan diri untuk membiarkan pasukan media sosialnya menyindir saya.
Ko sapa???? Hahahhaa dia dh kata xsindir ko kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|