CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bubar DUN: Pulau Pinang rujuk Majlis Presiden PH

[Copy link]
Post time 11-10-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Bubar DUN: Pulau Pinang rujuk Majlis Presiden PH

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN   11 Oktober 2022     01:06pm






Kon Yeow (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang di Wisma DAP, pada Selasa.




GEORGETOWN - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat ketetapan sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang atau sebaliknya.

Pengerusinya, Chon Kon Yeow berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat bersama rakan komponen PH Pulau Pinang yang diadakan di sini, pada Selasa.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan keputusan DAP negeri yang akan merujuk Jawatankuasa Tertinggi Parti (CEC) DAP yang akan bermesyuarat malam ini.

Majlis pimpinan PH Pulau Pinang telah bermesyuarat dan mencapai kata putus untuk merujuk isu sama ada Pulau Pinang akan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya diadakan secara serentak atau tidak.

"Keputusan yang dicapai hari ini merujuk kepada keputusan semalam dan seperti mana dinyatakan semalam dengan keputusan hari ini setiap parti akan merujuk kepada parti masing-masing terlebih dahulu, "katanya ketika ditemui di Wisma DAP, di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyatakan tiga negeri kekal tidak membubarkan DUN, Kon Yeow berkata, setakat ini pendirian tersebut masih sama namun PH negeri tetap akan merujuk kepada pimpinan pusat.

"Kita akan rujuk kepada pimpinan pusat untuk arahan seterusnya, semua akan dihujahkan dalam mesyuarat di peringkat pusat nanti," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060101 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list