CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Kedah] Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 9-10-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat pemantauan di lokasi yang sering berlaku banjir di Daerah Baling.FOTO IHSAN APM

Baling: Empat mukim di Baling landa banjir kilat awal pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan membabitkan 81 keluarga terjejas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata mukim terbabit Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah ke penempatan penduduk.


Katanya, antara kampung terbabit Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling.

"Di Mukim Pulai Kampung Tok Weng, Tok Mat Ali. Manakala di Mukim Siong Kampung Kampung Siput dan Memali.

"Turut dinaiki air Kampung Padang Empang, Dusun dan Iboi di Mukim Kupang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun katanya tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Katanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima laporan kejadian banjir kilat kira-kira jam 6 pagi dan bergegas ke lokasi untuk meninjau dan membantu penduduk.

"Ada rumah mangsa dinaiki air paras 0.5 meter namun setakat ini tiada penduduk dipindahkan dan APM membuat pemantauan kerana cuaca mendung pagi ini.

"Air Sungai Ketil juga di paras berjaga-jaga dan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tebing diarah berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilanda-banjir-kilat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.239803 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list