CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Perlis] 54 lokasi dikenal pasti berisiko banjir di Perlis

[Copy link]
Post time 8-10-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

AZIZAN Sulaiman (tiga dari kanan) dan Ruhisha Haris (dua dari kiri) pada majlis Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) di Pusat Rekreasi Bukit Ayer, Kangar Perlis hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

    Oleh ASYRAF MUHAMMAD
    8 Oktober 2022, 3:35 pm

KANGAR: Sebanyak 54 lokasi dikenal pasti berisiko kepada ancaman banjir di negeri ini susulan peralihan Monsun Timur Laut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Kanan Bomba I Ruhisha Haris berkata, senarai tersebut telah dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini dan pihaknya sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan pemantauan di lokasi-lokasi berkenaan secara berkala sekiranya berlaku hujan lebat berterusan.

“Kita turut menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu menangani sebarang bencana alam dalam tempoh tersebut,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) di Pusat Rekreasi Bukit Ayer di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman.

Dalam majlis sama, Azizan berkesempatan menyampaikan geran Bantuan Kewangan PBS, Sijil Perakuan Bomba (FC) dan Cek Insurans Berkelompok kepada penerima terlibat.

Ruhisha memberitahu, cuti 200 anggota bomba negeri akan dibekukan sekiranya wujud keperluan bagi berdepan sebarang bencana sepanjang musim Monsun Timur Laut bermula pada Oktober tahun ini.

Katanya, pihaknya juga melaksanakan beberapa siri aktiviti dan latihan sebagai persediaan menghadapi bencana antaranya pengendalian bot, pengujian peralatan pasukan penyelamat di air (PPDA) serta Disaster Management Exercise (DMEX).

“Selain itu, seramai 200 anggota pasukan bomba sukarela (PBS) membantu bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sewaktu Monsun Timur Laut nanti. JBPM Perlis dalam keadaan bersedia dari segi kelengkapan, logistik dan kekuatan anggota dengan persiapan awal yang dibuat sejak April tahun ini,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... o-banjir-di-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.075650 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list