CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Kedah] 883 kes denggi di Kedah

[Copy link]
Post time 1-10-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Kes denggi di seluruh Kedah terus mencatatkan peningkatan kepada 883 setakat Sabtu lalu, berbanding hanya 391 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata jumlah kes denggi didapati meningkat 125.8 peratus dengan dua kematian dilaporkan.

"Setakat Sabtu lalu juga, Kedah mencatatkan 77 penularan wabak denggi berbanding 14 bagi tempoh sama tahun lalu.


"Daripada 77 wabak denggi, lima kawasan panas berjaya dikawal dan 65 wabak sudah tamat, manakala tujuh wabak lagi masih aktif," katanya ketika ditemui pada Program Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini Kota Setar mempunyai tiga kawasan wabak denggi masih aktif iaitu di Mergong, Kota Nelayan dan Taman Seri Putra.

Katanya, penduduk lokasi itu diminta membersihkan kawasan sekeliling lebih kerap dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi punca demam denggi.

"Kita harap program gotong-royong ini dapat menyedarkan orang ramai agar membersih persekitaran rumah kerana penyakit ini disebarkan nyamuk yang membiak sekitar kawasan yang mempunyai takungan air bersih.

"Kita bimbang kes denggi ini akan terus meningkat terutama pada musim tengkujuh kerana mengikut rekod tahun sebelum ini, kes denggi di Kedah meningkat pada musim hujan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kes-denggi-di-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.665929 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list