CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siasatan kes tipu dana Penjana Kerjaya selesai sebulan lagi

[Copy link]
Post time 29-9-2022 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Siasatan kes tipu dana Penjana Kerjaya selesai sebulan lagi

olehMOHD ISKANDAR OTHMAN29 September 2022 07:30pm








Azam ketika sidang media pada Program Cakna Rasuah SPRM bersama Media Zon Utara. - Foto Bernama




GEORGETOWN - Seramai 51 individu termasuk 13 wanita ditahan setakat ini kerana dipercayai terlibat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, sehingga kini sebanyak 62 kertas siasatan telah dibuka dalam skandal membabitkan dana RM100 juta itu.

Menurutnya, siasatan kes itu mengambil sedikit masa kerana melibatkan ramai suspek dan banyak pihak lain.

"Status siasatan masih diteruskan dan kami mungkin mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya.

"Mungkin siasatan kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh satu bulan lagi," katanya pada program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara di sini, pada Khamis.

Azam berkata, kes berkenaan tidak melibatkan parti politik dan kebanyakan adalah syarikat yang mengambil peluang menyalahgunakan dana diberikan kerajaan.

“Saya katakan kes ini seperti rompakan di siang hari yang dilakukan oleh mereka.

“Mereka sentiasa melihat peluang untuk menyalahgunakan bantuan kerajaan yang sepatutnya disalurkan untuk membantu rakyat yang terjejas itu,” katanya.






Pengamal media wilayah utara bersama Azam selepas program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara yang diadakan di Georgetown pada Khamis.





Sebelum ini, SPRM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melancarkan Ops Hire bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Penjana Kerjaya di beberapa negeri.

SPRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, operasi besar-besaran dijalankan secara serentak dikendalikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bersama-sama SPRM negeri.

Katanya, program Penjana Kerjaya antara inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja mendepani cabaran Covid-19 bermula awal 2020.

"Program ini dilaksanakan Perkeso bagi tujuan merangsang ekonomi negara melalui pewujudan pekerjaan baharu, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja.

"SPRM dengan kerjasama Perkeso membangunkan maklumat menerusi pemantauan dan risikan terhadap penerima dana.

"Hasilnya, kita mendapati ada majikan yang mengemuka tuntutan palsu dan menyeleweng dana ini," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.557376 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list