View: 265|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Bekas eksekutif jualan didakwa pecah amanah
[Copy link]
|
|
TERTUDUH (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana didakwa pecah amanah babit nilai lebih RM20,000. FOTO Danial Saad.
Butterworth: Bekas eksekutif jualan syarikat pengeluaran makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM23,704.40.
Tertuduh, R Sutharshanan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.
Mengikut pertuduhan, Sutharshanan yang ketika itu eksekutif jualan Syarikat Cap Keluarga Sales and Services didakwa telah melakukan pecah amanah apabila dengan curang menyalahgunakan harta syarikat iaitu wang berjumlah RM23,704.40.
Kesalahan itu dilakukan di Syarikat Cap Keluarga Sales and Services di Seberang Perai Tengah, antara 17 Februari hingga 8 Ogos 2022.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili peguam Hari Prassaad Rao.
Terdahulu pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin, namun peguam memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin mengambil kira Sutharshanan memberikan kerjasama yang baik dan perlu menyara ibu bapa berusia 65 dan 72 tahun yang sudah uzur.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idakwa-pecah-amanah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|