CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pemandu lori maut dihempap papan tanda

[Copy link]
Post time 28-9-2022 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu lori maut dihempap papan tanda

Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 28, 2022 @ 7:27pm  [email protected]




Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang tumbang dalam kemalangan di Persiaran Paya Terubong 2, di sini. - NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




BAYAN LEPAS: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang tumbang dalam kemalangan di Persiaran Paya Terubong 2, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku apabila lori dipercayai melebihi had ketinggian dibenarkan itu, merempuh papan tanda yang kemudian tumbang menghempap bahagian depan kenderaan terbabit.

Mangsa, S Kumaravelan, 48, yang tersepit di tempat duduk pemandu, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Khairul Anuar Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.20 petang sebelum anggotanya yang turut dibantu pasukan BBP Bayan Baru bergegas ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan sebuah lori muatan barang seberat lima tan dan terdapat seorang lelaki yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Anggota mengambil masa kurang 10 minit bagi mangsa mengeluarkan yang tersepit menggunakan peralatan khas," katanya.

Khairul Anuar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis, sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.




sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2022 10:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.075909 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list