CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Kedah] Cucur udang ‘klon’ Heliza Helmi laris di Pokok Sena

[Copy link]
Post time 28-9-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode

NUR Ayu Md. Yusof (kanan) dan Nur Aida mewarisi perniagaan cucur udang ibu mereka yang laris di Pokok Sena, Kedah. – FOTO/JAMLIAH ABDULLAH



POKOK SENA: Mendapat julukan ‘klon’ artis Heliza Helmi nyata memberi kelebihan kepada penjual cucur udang di Jalan Kuala Nerang berdekatan Taman Desa Ilmu di sini, apabila juadah ke­gemaran ramai itu bertambah laris.

Begitu juga gara-gara memuat naik video menggoreng cucur udang di media sosialnya sejak awal tahun lalu sehingga meraih enam juta tontonan, gerai makanan tersebut terus tular hingga ke negara jiran.

Namun tarikan utama adalah layanan mesra, Nur Ayu Md. Yusof, 30, dan adiknya, Nur Aida, 25, kepada setiap pelanggan juga yang menjemput perhatian ramai selain keenakan dan keunikan cucur udang daripada resipi berusia 25 tahun itu.

Menurut Nur Ayu, dia mula berniaga di gerai berkenaan bersama ibu mereka, Nadhliah Ibrahim, 65, sejak berusia 17 tahun sebelum mengambil alih sepenuhnya perniagaan bersama Nur Aida beberapa tahun lepas.

“Apabila mak uzur terutama selepas dijangkiti Covid-19, ka­mi terus ambil alih. Itu sebab kami namakan Cucur Udang Dua Beradik kerana makanan ini jadi trademark gerai ini. Alhamdulillah sejak 25 tahun lalu, ia mendapat sambutan ramai. Hari biasa kami perlu gunakan kira-kira 20 kilogram (kg) tepung, namun pada Khamis hingga Ahad pula meningkat kepada 40 kg,” katanya ketika ditemui di gerai itu, semalam.

Menyentuh tentang keistimewaan cucur udang itu, kata Nur Ayu, mereka hanya menggunakan tepung, taugeh dan udang tanpa serbuk penaik untuk mengekalkan keenakannya selain kuahnya pula 100 peratus daripada kacang tanah dan cili kering.

“Ini resipi turun temurun daripada mak untuk kekalkan kerangupan cucur udang ini, selain mahu pastikan ia tidak guna minyak yang banyak. Kuah juga dimasak guna kawah dengan dapur kayu untuk mengekalkan aromanya selama tiga jam. Bagi jualan hari biasa, kami gunakan 32kg kacang tanah dan bertambah seganda kalau hari cuti,” katanya.

Tambahnya, selain cucur udang gerai tersebut juga menjual pelbagai menu lain terma­suk mee udang, mee gearbox dan nasi udang yang dimasak oleh kakaknya, Siti Hajar, 40.

“Boleh dikatakan ini adalah perniagaan keluarga kami. Suami saya dan adik saya sama-sama mengusahakan bisnes ini,” katanya yang memaklumkan cucur udang itu dijual pada harga RM3 sekeping dan RM5 bagi satu set bersama tauhu dan timun.

Pada masa sama, kata Nur Ayu, mereka tidak menyangka langkah mempromosikan perniagaan itu di media sosial sejak kebelakangan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen walaupun kadang kala terdapat juga reaksi negatif yang kesemua itu memberi semangat serta dorongan.

Ketika ditanya tentang julukan mirip Heliza itu, Nur Ayu menganggap itu sekadar gurauan daripada netizen semata-mata. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... aris-di-pokok-sena/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.377261 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list