CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima nelayan Indonesia ceroboh perairan sedang tangkap ikan ditahan

[Copy link]
Post time 27-9-2022 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Lima nelayan Indonesia ceroboh perairan sedang tangkap ikan ditahan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 27, 2022 @ 6:58pm  [email protected]




Bot bersama lima nelayan Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi di sini, kerana menceroboh perairan negara. - Foto Maritim Malaysia




GEORGETOWN: Bot bersama lima nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, di sini, semalam, kerana menceroboh perairan negara.

Mereka ditahan di kedudukan 29 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika pasukan berkenaan melakukan rondaan Op Tanjung, pada jam 4.10 petang.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan ketika nelayan terbabit sedang menangkap ikan dan pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan seramai lima kru termasuk tekong yang berusia antara 16 hingga 21 tahun.

"Semua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri manakala tiga daripadanya masih di bawah umur.

"Bot berkenaan didapati berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Razak berkata, bot bersama nelayan berkenaan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban sebelum diserah kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Semua yang ditahan, disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2010 (ATIPSOM) kerana memperdagangkan kanak-kanak.

"Ia adalah tangkapan kedua sepanjang bulan ini membabitkan bot nelayan asing dari Indonesia di perairan Pulau Pinang.

"Tangkapan pertama adalah pada 14 September lalu di sekitar 51 batu nautika barat daya Pulau Kendi," katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh menghubungi talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.677497 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list