View: 310|Reply: 0
|
[Kedah]
Pengarah urusan syarikat ditemukan mati tergantung dalam kilang
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang dekat sini, semalam.
Pada kejadian jam 7.55 pagi itu, polis menerima panggilan daripada seorang pekerja yang memaklumkan melihat mangsa iaitu seorang lelaki warga Jepun berusia 47 tahun, tergantung dengan tali nilon pada alang besi di tingkat bawah kilang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemeriksaan di lokasi turut menemui tangga di sebelah mayat mangsa yang tergantung pada ketinggian kira-kira lima meter.
"Hasil keterangan saksi, mangsa sudah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat berkenaan yang berpengkalan di Jepun.
"Mangsa yang menetap Bandar Laguna Merbok di sini, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berada di negara asalnya," katanya pada kenyataan.
Zaidy berkata, saksi turut mendakwa, mangsa sebelum ini pernah menceritakan mengenai keadaan syarikat yang dikatakan mengalami masalah kewangan agak teruk sejak dua tahun lalu.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati.
"Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antung-dalam-kilang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|