View: 646|Reply: 0
|
Potter kecewa Chelsea seri
[Copy link]
|
|
Potter kecewa Chelsea seri
STERLING menjaringkan gol Chelsea. FOTO Reuters
London: Graham Potter mengakui Chelsea perlu tingkatkan prestasi selepas impiannya untuk meraih kemenangan pertama musnah apabila Red Bull Salzburg menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan untuk keputusan 1-1 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.
Chelsea di ambang kemenangan apabila Raheem Sterling meletakkan pasukannya di depan pada awal babak kedua di Stamford Bridge.
Tetapi bekas pengurus Brighton itu yang menggantikan Thomas Tuchel minggu lalu terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila Noah Okafor menghukum kelonggaran pertahanan untuk jaringan penyamaan ketika permainan berbaki 15 minit.
Ia persembahan hambar daripada Chelsea sekali gus membayangkan tugas getir Potter untuk melonjakkan kembali nasib skuad ditinggalkan Tuchel.
"Cukup terganggu apabila anda melepaskan gol. Keseluruhannya pertahanan agak bagus, cuma ada beberapa aspek perlu diperbaiki," kata Potter.
"Kami kecewa dengan keputusan ini. Kami jaringkan gol yang cantik tapi hilang rentak babak kedua."
Tuchel dipecat Rabu lalu selepas Chelsea tewas 0-1 di Dinamo Zagreb dalam aksi pembukaan UCL.
Selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan pertama Kumpulan E, Chelsea kini perlu berjuang untuk mara ke peringkat kalah mati dengan AC Milan menunggu mereka selepas ini.
Dengan aksi Liga Perdana menentang Liverpool pada Ahad ini ditunda susulan kematian Ratu Elizabeth II, Potter perlu menunggu sehingga 1 Oktober untuk perlawanan keduanya apabila berkunjung ke Crystal Palace selepas rehat antarabangsa.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kecewa-chelsea-seri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|