CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 987|Reply: 0

Ujian paling dahsyat

[Copy link]
Post time 7-9-2022 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Ujian paling dahsyat



DAJAL akan pergi ke segenap pelosok dunia dan sangat sedikit orang Islam yang dapat mempertahankan akidah serta iman mereka.


Umat akhir zaman akan melalui fasa ujian paling dahsyat iaitu kemunculan Dajal dan ini adalah perkara yang paling dibimbangi oleh rasul-rasul sebelum ini iaitu menghadapi ujian ketika era kemunculan Dajal.

  Pada minggu ini, penulis akan cuba menelusuri beberapa dalil dan panduan yang sudah diajarkan oleh Nabi SAW kepada umatnya berhubung kemunculan Dajal dan apakah persediaan yang perlu kita lakukan daripada sudut amal dan ketakwaan kepada Allah SWT.

  Ujian Allah SWT menerusi makhluknya bernama Dajal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakan kepada umat manusia yang beriman dan tidak ada ujian yang menyamainya apakan lagi melebihinya.

  Rasulullah SAW bersabda: "Sejak Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS sampai ke Hari Kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajal." (Hadis Riwayat Muslim)

  Ini memberi gambaran paling jelas bahawa kita pada hari ini sebagai umat akhir zaman akan melalui fasa fitnah paling besar berkenaan.

  Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah SWT di atas muka bumi ini sejak dia menciptakan zuriat Nabi Adam AS (sampai ke Hari Kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajal. Sesungguhnya Allah SWT tidak mengutuskan seorang nabi pun kecuali nabi itu sudah mengingatkan kaumnya akan ujian Dajal ini. Saya (Rasulullah) adalah nabi terakhir sekali maka sudah pasti Dajal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana sudah terbukti sampai ke zaman Nabi SAW bahawa Dajal itu belum keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu maka akulah yang akan berhujah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jikalau ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggungjawab untuk melawannya dan Allah SWT sebagai penolong kalian." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

  Fitnah Dajal ini menggoncangkan akidah serta iman seseorang sehinggakan sihirnya mampu untuk menurunkan hujan, memberi makan, memberi kekayaan dan menghidupkan orang yang sudah mati.

  Saat kemunculan Dajal berkenaan, dia akan pergi ke segenap pelosok dunia dan sangat sedikit orang Islam yang dapat mempertahankan akidah serta iman mereka.

  Oleh yang demikian, Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Dajal seperti yang diajarkan oleh Baginda dalam tahiyat akhir yang sunat doa itu kita baca setiap kali kita solat.

  Ini menunjukkan betapa besar dan kritikalnya fitnah Dajal berkenaan sehingga setiap rasul sangat bimbang akan umat mereka jika Dajal itu keluar dengan membawa fitnah paling dahsyat.

  Kita digalakkan untuk membaca seperti hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Ya Allah aku berlindung daripada Engkau daripada seksa api neraka jahanam dan daripada seksa kubur dan daripada ujian kehidupan dan ujian selepas mati dan juga aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan fitnah al-Masih Dajal." (Hadis Riwayat Muslim)

  Dapat kita perhalusi bahawa doa yang diajarkan oleh Baginda SAW membawa erti kepada peringatan terhadap umatnya supaya berhati-hati dan sentiasa berlindung dengan Allah SWT dalam setiap ujian yang mendatang.

  Dajal mempunyai tugasan yang besar dalam membawa manusia ke arah kesesatan dan penipuan. Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Dia (Dajal) membawa bersamanya air dan api. Hakikatnya apinya adalah air yang sejuk dan airnya ialah api." (Hadis Riwayat Bukhari)

  Tugas Nabi Isa pula adalah mengembalikan manusia ke arah kebenaran iaitu keadilan dan tauhid kepada Allah SWT. Baginda Nabi SAW bersabda: "Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh telah hampir tiba masanya Isa putera Maryam turun kepadamu sebagai pemimpin yang adil. Beliau akan mematahkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah dan mengagihkan harta sehingga tiada seorang pun yang akan menerimanya. Sehingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan seisinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  Jika dilihat, tampak jelas tugasan yang akan dilaksanakan oleh Nabi Isa iaitu membersihkan segala kotoran yang dibuat dan sisa peninggalan Dajal dalam hati manusia pada saat tersebut.

  Kedatangan Dajal umpama sang penguasa dunia. Disambut dengan puluhan ribu pengikut yang setia. Al-Hafiz Ibn Kathir berkata: "Dajal muncul kali pertama sebagai seorang pemerintah yang kejam, ia kemudian mengaku seorang nabi, lalu mengaku sebagai Tuhan."

Pengakhiran dunia akan memperlihatkan penguasaan Dajal di dunia dengan sejumlah pengikut yang ramai. Dajal adalah fitnah terbesar yang akan dihadapi oleh manusia akhir zaman. Rasulullah SAW berkali-kali memperingatkan umatnya agar mempersiapkan diri untuk menghadapai fitnah Dajal.

  Dajal memiliki kemampuan yang sangat hebat untuk menipu manusia. Digambarkan ia mampu menghidupkan orang mati, menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman, membawa makanan dan minuman kepada orang sedang kelaparan dan lainnya.

  Manusia yang menyahut seruannya akan hidup dalam kebahagiaan dan kenikmatan manakala yang menentangnya berada dalam kesengsaraan dan kesempitan. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mempercayai dan mengikutinya maka tidak berguna amal ibadat yang dia lakukan sebelum itu. Sesiapa yang mendustakannya maka dia tidak akan diseksa dengan amal perbuatannya sebelum itu." (Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah)

  Namun, kekuasaan Dajal tidak akan berterusan di bumi Allah. Nabi Isa diutuskan kembali ke dunia yang akan membawa keadilan seterusnya memusnahkan Dajjal.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... jian-paling-dahsyat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.497671 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list