|
Neymar gembira dapat jersi JDT
KUALA LUMPUR: Jersi juara Liga Super lapan kali berturut turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) mungkin menjadi koleksi terbaharu bintang terkemuka dunia, Neymar.
Ini selepas klip video bintang Paris Saint Germain (PSG) itu memegang jersi skuad Harimau Selatan sempat dikongsi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada akaun Instagram miliknya, hari ini.
Menerusi akaun seorang pemain bola sepak dari Brazil, Bruno Agnello, dia menyapa Tunku Ismail sambil memaklumkan Neymar sudahpun memiliki jersi pasukan terbabit.
Dalam klip video terbabit, Agnello berkata 'hai putera, apa khabar? Lihat ada seseorang dapat jersi kamu."
Neymar kemudiannya membalas 'terima kasih banyak' dan disambung Agnello yang berkata 'jumpa kamu di Johor. Kami akan ke sana."
Neymar juga sempat membuat isyarat 'hubungi saya' di penghujung klip pendek itu.
Tangkap layar Neymar sedang memperagakan jersi JDT.
|
|