CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 872|Reply: 0

Perkukuh budaya ta'ayush

[Copy link]
Post time 19-8-2022 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Perkukuh budaya ta'ayush


HIDUP di tanah air yang berbagai bangsa dan agama ini adalah satu realiti yang mesti diterima dengan ikhlas hati.

NEGARA kita yang tercinta ini berdiri megah dengan pacuan kemajuan pesat adalah berkat adanya jaringan kerjasama dan sikap saling bertoleransi sesama warganya. Meskipun, tanah air kita dihuni oleh pelbagai bangsa dengan anutan pegangan agama yang berbeza dan amalan budaya hidup yang berbeza, tetapi itu bukan tembok penghalang dalam menegakkan sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

Jelas bahawa masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu/Islam sentiasa meniti kehidupan bersosial dan bernegara dalam landasan budaya ta'ayush yang diredai Allah atau lebih tepat boleh kita simpulkan bahawa masyarakat Islam menjunjung tinggi saranan dalam fiqah ta'ayush. Apakah yang dimaksudkan sebagai fiqh ta'ayush itu?

Tidak lain, fiqh ta'ayush itu merupakan ilmu dan pemahaman dalam menerima situasi kepelbagaian dan kewujudan gologan lain, meskipun berlainan bangsa, agama dan budaya hidup. Negara pasti menjadi sebuah 'negara gagal' seandainya rakyatnya saling hidup bermusuh dan tidak mampu menghidupkan sikap bertolak ansur.

Sudah banyak negara di dunia hari ini mengalami nasib malang apabila situasi kehidupan rakyat sentiasa dihimpit dengan pergolakan sesama warganya. Malahan, dalam sebuah negara Islam yang hampir 100 peratus beragama Islam sekalipun, sekiranya sikap bersatu padu gagal diimplementasikan, maka akan huru-hara dan merosot kemajuannya.

Justeru, sebagai rakyat yang inginkan kehidupan aman, harmoni, sejahtera, maka perlu sikap saling bersatu diperkukuhkan. Sebarang perbuatan yang boleh menghiris perasaan dan sensitiviti bangsa dan agama lain semestinya dihindari sejauhnya.

Kita sebagai umat Islam tentunya tidak ingin menyaksikan babak hitam yang penuh duka sepertimana nasib malang saudara-saudara kita di negara luar sana turut tertempias sama di tanah air kita ini. Tentunya kita menginsafi betapa sukar hidup dalam persekitaran yang bergolak dengan persengketaan. Kita sudah tentu tidak mahu kelangsungan beramal ibadah terganggu.

Sikap saling memahami dan bertoleransi sesama warganya adalah nadi kepada terbina sebuah masyarakat dan negara yang sejahtera dan maju. Mustahil negara kita mampu muncul sebagai sebuah negara membangun tanpa kerjasama antara rakyat tidak dapat direalisasikan dengan sepenuh jiwa raga.

Ingatlah Allah tidak akan mengubah apapun keadaan sesebuah negara itu sekiranya kita sebagai rakyat jelata tidak memainkan peranan secara bersama. Bergerak dalam satu gerak langkah tanpa dibayangi rasa prejudis sesama warga. Ingatlah firman Allah dalam Surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: "Sesugguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka."

Jadi, berdasarkan maksud ayat itu menunjukkan bahawa usaha mengubah untung nasib kehidupan sesama rakyat jelata juga perlu dilakukan dengan komited tinggi bernadikan ikatan persaudaran yang utuh. Usah dibiarkan aspek kepelbagaian bangsa, anutan agama dan budaya menjadi penyebab terbangkit rasa saling membenci yang natijah amat parah.

Sebagai umat Islam, usahlah kita dikongkong dengan konsep yang menyempitkan pandangan sehingga menimbulkan ketegangan sesama warga. Berpijak di bumi nyata bahawa kita hidup dalam corak kemasyarakatan yang pelbagai.

Jadi, di sinilah letak peri pentingnya kita memahami ilmu fiqh al-Ta'ayush agar kita menjadi rakyat jelata yang sentiasa mendukung erat semangat kebersamaan demi memajukan negara. Firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8 perlu sentiasa kita ingati dalam kehidupan bersama sesama masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Allah berfirman yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

Hidup di tanah air yang berbagai bangsa dan agama ini adalah satu realiti yang mesti diterima dengan ikhlas hati. Sekali lagi wajar kiranya kita membelek kembali al-Quran untuk memahami apa yang telah dinyatakan oleh Allah berkenaan aspek kepelbagaian bangsa itu sepertimana terakam dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

Tambahan pula kita sedang berada dalam abad ke-21. Negara kita rancak mengagendakan pelbagai perancangan demi muncul sebagai sebuah negara berjaya dalam mensejahterakan kehidupan rakyatnya. Misalnya, kerajaan dilaporkan oleh media perdana sebanyak RM5.5 bilion akan diperuntukkan bagi membangunkan pelbagai program penyelidikan dan pembangunan yag bersifat inovasi berimpak tinggi. Mampukah agenda pembangunan seumpama itu dilaksanakan dengan jayanya, sekiranya kita sebagai rakyat tidak mampu hidup bersatu dalam satu ikatan perpaduan yang kukuh?

Alhamdulillah syukur, kerana negara kita juga mempunyai satu lagi jenama prinsip hidup yang berkonsepkan 'Keluarga Malaysia' yang mengajak seluruh rakyat untuk hidup bernaungkan panji-panji kebersamaan dalam semangat kekitaan yang padu.  

Kita mendoakan semoga kehidupan seluruh warga tanah air dapat hidup aman sejahtera dan menghindari apa jua isu yang mampu mencetuskan rasa duka kepada pihak lain. Tentunya kita juga sentiasa mendoakan agar Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada negara yang kita sama-sama cintai ini. Amin.



Penulis Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... ukuh-budaya-taayush

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.043222 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list