CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3675|Reply: 17

Johorfc Gabung Johorfa?

[Copy link]
Post time 27-9-2010 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Gabungan Johor, Lebah mampu beri impak baru

Oleh Lokman Zainal Abidin dan Rizar Mohd Noor

PENGGABUNGAN Johor dan Johor FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dilihat mampu memberi impak baru kepada transformasi bola sepak Johor yang sekian lama merudum.Naib Presiden 1 Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Abd Aziz Sapian (gambar) berkata, rombakan besar-besaran akan dilakukan bagi mewujudkan satu pasukan bola sepak negeri yang lebih mantap dan tiada lagi dua pasukan dari satu negeri bersaing antara satu sama lain.

Katanya, satu mesyuarat antara pengurusan PBNJ dan Johor FC sudah diadakan dan ia berjalan lancar dengan kedua-dua pengurusan juga tampak positif apabila melihat betapa perlunya dua pasukan itu digabung.

“Pengurusan tertinggi PBNJ tidak mahu lagi wujud konflik antara Johor dan Johor FC. Biar ia digabung menjadi satu pasukan bagi menghadapi saingan Liga M sekali gus memberi sinar baru kepada bola sepak Johor.

“Menerusi penggabungan itu kelak, saya yakin tiada lagi jurang malah pemain beraksi hanya untuk satu pasukan. Mengenai siapa yang menguruskan pasukan satu mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi untuk menentukan sama ada pengurusan PBNJ atau Johor FC mengendalikan skuad Johor.

“Jika semuanya lancar, pengurusan tertinggi PBNJ akan menghantar surat kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk memaklumkan penggabungan Johor dan Johor FC dan saya yakin tidak masalah dari badan bola sepak negara menerima penggabungan berkenaan,” katanya.

Berhubung siapa yang bakal membimbing skuad gabungan itu, Abd Aziz berkata, panel jurulatih akan dilantik untuk mengenal pasti calon sesuai dan pastinya tumpuan terarah kepada jurulatih dari Johor manakala pemain yang diserapkan juga lebih tertumpu kepada pemain tempatan.

Katanya lagi, setiap pemain antara Johor dan Johor FC yang masih memiliki kontrak akan dikaji semula dan jika perlu disambung, pihak PBNJ dan Johor FC akan menentukan kelak bagi mengelak berlaku kekeliruan,” kata Abd Aziz lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh PBNJ sebaik permohonan bergabung dengan Johor FC itu diterima nanti.

“Buat masa ini, saya belum boleh membuat sebarang kenyataan kerana kami perlu meneliti dan melihat terlebih dulu apa cadangan mereka. Soal penggabungan itu adalah hak mereka dan FAM tidak akan menghalang.

“Yang menjadi ahli gabungan FAM ialah PBNJ manakala Johor FC pula adalah ahli gabungan PBNJ. Johor FC dibenarkan bertanding di dalam Liga-M atas kapasiti kelab yang dibenarkan. Secara dasarnya, tidak ada masalah dengan apa yang mereka mahu lakukan itu. “Bagaimanapun, saya perlu menunggu surat rasmi PBNJ berhubung hasrat mereka untuk bergabung,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2010 03:44 PM | Show all posts
aku membangkang sekeras2nya!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 11:14 AM | Show all posts
main kat larkin ke pasir gudang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 01:27 PM | Show all posts
main kat larkin ke pasir gudang?
maxomeara Post at 13-10-2010 11:14



    kalau jadik gabung maknanya main kat larkin la..maksudnya kat sini sokongan dari pasir gudang akan berkurangan sebab johorfc dah agak sebati dengan kami..

bukan menidakkan johorfa..johorfa memang ada sejarah hebat..tapi kalau nak jadi hebat semula kena ada usaha sendiri, bukan main gabung gitu2 aje..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 05:36 PM | Show all posts
i'd rather support johorfc than johor fa. tgk match johor sakit jiwa weihhhh.

aku nak jugak tengok stadium penuh mcm kat shah alam ni. match johor yg datang berape kerat je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 05:39 PM | Show all posts
i'd rather support johorfc than johor fa. tgk match johor sakit jiwa weihhhh.

aku nak jugak tengo ...
maxomeara Post at 13-10-2010 17:36



jom join kitorang kat www.johorfc.com

malam tadi tengok johorfc vs pahang..giler ramai penyokong yang datang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2010 05:46 PM | Show all posts
sepatutnya johor fc ni perlu dikekalkan

aku tgk johor fc dah ada fan sendiri yang ramai

so, tak yah la johor fa nak ambik jln mudah nak kuatkan team dgn "telan" johor fc

p/s apa cita penggabungan johor fa & pasir gudang united?? tgl nama johor fa je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 05:47 PM | Show all posts
jom join kitorang kat

malam tadi tengok johorfc vs pahang..giler ramai penyokong yang data ...
billionman78 Post at 13-10-2010 17:39


aku sekarang study kat shah alam.... so tak dapat la nak tgk johorfc main.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2010 12:01 AM | Show all posts
dulu gabung pasir gudang united ngan johor..masa tu jadikla johor PG..lepas semusim dua, tinggal nama johor je..PG dah ilang terus..

ini jugakla yang bakal terjadik kat johorfc kalau gabung..esok2 Johorfc hanya tinggal nama aje..stadium jcorp pasir gudang pun ntah2 berlapuk tak dipakai sebab kalau gabung, stadium utama dah tentulah stadium larkin
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 07:45 AM | Show all posts
Reply 9# billionman78


   tak silap aku grandstand stadium larkin penah kne tutup last year kan? sebab ade crack ke ape ntah. skarang dah selamat ke? in terms of capacity mmg la larkin lagi besar tapi boleh ke nk penuhkan stadium? -__-' aku rase jauh lagi ramai org yg pegi pasar malam kat stadium tu la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 09:15 AM | Show all posts
Reply 10# maxomeara

hehehhe...ntahla aku tak amik tau sangat pasal team johor ni...management teruk..tunggu bila management dah ok baru aku sokong balik..tapi idea untuk penggabungan ni memang aku tak setuju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 01:48 PM | Show all posts
http://sokernet.blogspot.com/2010/10/temubual-eksklusif-bersama-pengurus.html


nah baca komen pengurus johorfc tentang idea penggabungan ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:44 PM | Show all posts
Tahniah Johor FC!

Satu langkah lagi ke FINAL!

Jgn leka!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2010 12:13 PM | Show all posts
Tahniah Johor FC!

Satu langkah lagi ke FINAL!

Jgn leka!!!
edmundo Post at 21-10-2010 17:44



jom tengok bola malam ni...

enjut lebah enjut!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 11:07 PM | Show all posts
mmm...
aku x setuju kalau dua pasukan ni digabungkan

coz aku nampak ramai pemain JOhor FC y bagus2
nanti disebabkan kroni, ramai pemain keluar main dengan negeri lain...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 11:08 PM | Show all posts
aku nak cadang, johor atau johor FC amek lah Wan Jamak....
dia coach y bagus.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2010 11:57 AM | Show all posts
aku nak cadang, johor atau johor FC amek lah Wan Jamak....
dia coach y bagus.....
my_bodywork Post at 23-10-2010 23:08


dia memang coach yang bagus bro..kebanyakan team yang dia bawak memang berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 08:25 AM | Show all posts
cuma diorg kena faham, kemahiran dan taktikal ni bukan nye boleh dapat dalam masa y singkat
bagilah Wan Jamak ni peluang 3 tahun untuk build up balik team johor...
tp aku x heran kalau Wan Jamak xnak melatih pasukan Johor coz banyak corruption & kroni kat dalam pengurusan pasukan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 1.174620 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list