View: 599|Reply: 0
|
Man United mungkir janji - Henderson
[Copy link]
|
|
Man United mungkir janji - Henderson
Penjaga gol Manchester United Dean Henderson dipinjamkan ke Nottingham Forest untuk musim ini. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Dean Henderson berang terhadap Manchester United yang membazirkan setahun kariernya dengan janji palsu untuk menjadikannya penjaga gol utama.
Penjaga gol England itu, yang menyertai Nottingham Forest secara pinjaman selama semusim bulan lalu, mendedahkan dia marah dengan cara Red Devils melayannya selepas beberapa tawaran ditolak.
Henderson, 25, berkata dia dijanjikan peranan nombor satu oleh bekas pengendali United Ole Gunnar Solskjaer pada musim panas lalu tetapi hanya bermain tiga perlawanan, apabila David de Gea menjadi pilihan utama.
"Saya menolak banyak tawaran untuk menjadi pemain pinjaman musim panas lalu dan mereka tidak mahu melepaskan saya.
"Membazirkan 12 bulan karier saya adalah satu tindakan jenayah, pada usia saya sekarang. Saya amat marah. Ia sangat mengecewakan," kata Henderson.
Henderson terlepas aksi Euro 2020 akibat kecederaan pinggul dan kemudian COVID-19 memaksanya melupakan tiga aksi pertama musim lalu, dan sekadar menyaksikan De Gea beraksi dari bangku simpanan sehingga tamat musim.
Henderson mengakui dia tidak berrminat untuk bercakap dengan pengendali baharu Erik ten Hag sebelum menyertai Forest.
"Saya tidak mahu pengendali melihat saya berlatih kerana saya tahu dia pasti mahu menyimpan saya.
"Saya beritahu pihak pengurusan, saya mahu bermain bola sepak. Saya tidak mahu menjadi pilihan kedua," katanya. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... kir-janji-henderson
|
|
|
|
|
|
|
| |
|