CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3352|Reply: 5

hooray!!taib mahmud terus kekal jadi KM Sarawak sampai mati!!

[Copy link]
Post time 26-9-2010 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Taib  Mahmud terus pimpin Sarawak
KUCHING 25 Sept. - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari inimengumumkan kesediaannya untuk terus memimpin Barisan Nasional (BN)Sarawak dan kerajaan negeri.
Menurutnya, beliau sudah memikirkan perkara itu semasak-masaknya dantiada orang politik atau mana-mana pihak yang mempengaruhinya dalammembuat keputusan tersebut.
''Kita sekeluarga memikirkan sama ada betul atau tidak perkhidmatansaya masih diperlukan oleh negeri ini, keluarga meskipun tidak sukauntuk melihat saya terus tidak dapat bersama mereka, namun merekasetuju bahawa hasrat rakyat Sarawak tidak boleh dihampakan.
''Justeru, walau apa pun terjadi, saya akan terus menolong negeriSarawak dan tidak akan melepaskan harapan rakyat yang mahu negeri inilebih maju pada masa depan," katanya berucap di hadapan lebih 7,000rakyat dan penyokong yang menyambut ketibaan beliau di hangar HornbillSkyways di sini.
Abdul Taib berkata, perjuangan kerajaan BN telah berjaya apabiladapat menukar Sarawak daripada sebuah negeri yang miskin kepada negeriyang dihormati di negara ini termasuk di peringkat antarabangsa.
Katanya, namun demikian, kerajaan BN akan terus memperjuangkanhasrat rakyat bukan dengan mulut sahaja tetapi dengan tenaga sertausaha sehingga apa yang diimpikan pada tahun 1963 tercapai.
''Kita akan cuba memenuhi harapan generasi muda dan kita telah susunsegala rancangan untuk memastikan pendapatan purata rakyat negeri iniakan meningkat tiga kali ganda daripada sekarang pada tahun 2020.
''Dalam erti kata lain, insya-Allah, kita akan dapat capai sasaranuntuk menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2020 dan Koridor TenagaBoleh Diperbaharui Sarawak (Score) akan memastikan harapan dan sasaranitu tercapai melalui kerajaan BN dan bukan pihak lain," ujarnya.
Sehubungan itu, Abdul Taib memberitahu, beliau telah lama memimpinnegeri ini serta dapat melihat bagaimana Sarawak boleh dimajukan.
Menurutnya, beliau berani menyatakan sedemikian berdasarkankemampuan kerajaan BN yang telah terbukti mampu memberi kehidupan yanglebih selesa seperti yang diimpikan rakyat.
Ini kerana katanya, kerajaan BN telah memerintah Sarawak dengancukup cekap dan dedikasi dengan menumpukan seluruh jiwa raga bagimencapai masa depan yang baru.
''Pihak pembangkang tidak pernah berbuat apa-apa, mereka bercakapmengatakan apa yang kurang tetapi mereka tidak pandai mengatakan apayang telah mereka buat yang sememangnya tidak ada.
''Namun, kita telah tumpukan seluruh jiwa raga kita sehinggaterbukti bukan sahaja apa yang kita telah janji pada tahun 1963 sudahdapat dicapai malah berusaha untuk memenuhi masa depan yang baru danini yang sebenarnya cara kita memandang masa depan," katanya.

p.s- kitak orang tok paloi kah..cms, naim..bla bla...melayu sarawak semakin tertekan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2010 10:53 AM | Show all posts
kami mahu abang joe seorang melayu jadi KM Sarawak!!!hidup melayu!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 10:41 PM | Show all posts
chet... meroyan tah aper aper... padan muka dicop sebagai trouble maker
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:11 PM | Show all posts
bia jak lah nya cia....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:27 PM | Show all posts
jgn lah segal Pehin jd CM org lain smua kenak anok paloi. sidak ada mata, telinga dan otak utk mikir dikpun. smua dah besar panjang dan waras pikiran. biar sidak nak ngundi apa. lagikpun, nak undi siap? DAP? PKR? 2x5 juak. tangga selangor dan pulau pinang nun....apa pun, undi kitak urg, hak kitak urg. undi lah dgn bijak
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:22 PM | Show all posts
huh menyampah!!
lubang kubo dah ngantik pun msh x sdr2...
hrp2 bn kalah undi kali tok...lejuk dah nyawa nanganya jd raja di swk tok...
abis tanah org kpg diambiknya...pdn muka org kpg nak mlr jak ngundinya lmk tok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044134 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list