View: 694|Reply: 0
|
Skuad Sang Penyu memiliki kelebihan – Aidil Sharin
[Copy link]
|
|
AIDIL SHARIN
PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak mengakui pasukannya berdepan kesukaran untuk cuba merealisasikan misi balas dendam terhadap Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.
Jurulatih dari Singapura itu berasakan, kehadiran Terengganu FC II (TFC II) beri kelebihan buat tuan rumah untuk mendapatkan pemain terbaik dan situasi itu jelas berbeza berbanding KDA FC.
“Kami bukan macam Terengganu yang ada dua pasukan dan mereka boleh buat penggiliran pemain. Selepas ini, kita akan lawan mereka dan TFC ada set pemain yang boleh ditukar, import atau tempatan.
“Tetapi pemain saya sudah pun bekerja keras. Ini bukan alasan untuk kami, tetapi sebaliknya akan cuba tampil dengan aksi terbaik,” katanya.
Pada aksi pusingan kedua Piala FA di venue sama, Rabu lalu, TFC terpaksa bermain 10 pemain selepas Pape Diakite dilayangkan kad merah, namun tuan rumah masih bernasib baik untuk layak ke suku akhir hasil kemenangan 1-0.
Bintang tengah KDA FC, Dechi Marcel menegaskan, nasib pasukannya kini berada dalam genggaman pemain sendiri dan menuntut rakan-rakan sepasukannya supaya segera melupakan episod kecewa Piala FA.
“Kami kena bekerja lebih keras lagi. (ketika saingan Piala FA) saya fikir kami tidak bermain dengan cara sendiri dan mereka adalah pasukan yang lebih baik berbanding kami.
“Jadi sekarang, kami cuma perlu bermain dengan cara sendiri dan perlu bangkit pada aksi seterusnya,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... bihan-aidil-sharin/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|