View: 434|Reply: 1
|
[Pulau Pinang]
CAP dakwa ada peniaga jual ayam melebihi harga siling
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/MOHIDEEN-ABDUL-KADER-re.jpg)
MOHIDEEN ABDUL KADER
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa terdapat peniaga yang menjual ayam antara RM10.50 dan RM11 sekilogram secara terbuka di beberapa buah pasar awam di negeri ini sejak semalam.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, tindakan peniaga tersebut dengan jelas mengingkari harga tetap bagi ayam standard yang ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.
”Walaupun segelintir mereka menulis harga lama di papan kenyataan, mereka menjual ayam secara terbuka pada harga RM11 sekilogram, sekurang-kurangnya seekor dijual pada harga RM12 sekilogram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lalu mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung bermula semalam.
Mohideen berkata, CAP menyeru Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyiasat kenaikan harga ayam berkenaan.
”Ini kerana mereka yang berpendapatan rendah akan terjejas teruk akibat kenaikan harga barang.
“Tindakan keras terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan dan melanggar Akta Antipencatutan 2010 perlu dilakukan agar mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, tambah beliau, ketika ini terdapat banyak bekalan ayam di pasaran berbanding aduan sebelum ini oleh peniaga yang mana berlaku kekurangan ayam sekali gus tidak wajar untuk dijual lebih mahal kepada pengguna. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... ebihi-harga-siling/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jual mahal2 nti takde pelanggan yg dtg baru ada akal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|