CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2964|Reply: 3

Ustaz Elyas Ismail kongsi 3 tanda rumah disukai makhlus halus. Makhlus?

[Copy link]
Post time 2-7-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Seram! Ustaz Elyas Ismail Dedah Petanda Rumah Disukai Makhluk Halus

Penceramah dan pendakwah terkenal, ustaz Elyas Ismail memuatnaik sebuah video di akaun TikTok beliau mengenai tanda-tanda kediaman disukai makhluk halus.

Menerusi perkongsian ustaz Elyas di akaun TikToknya itu, penceramah ini mendedahkan terdapat tiga perkara yang menyebabkan rumah kediaman disukai entiti halus.

        “Yang pertama sekali adalah rumah yang tak pernah dibacakan ayat Quran, sama ada surah al-Baqarah ke atau pun mana-mana surah yang lain. Rumah tu sendiri tak pernah dibacakan ayat al-Quran.

        Yang keduanya adalah rumah yang langsung tak pernah didirikan solat. Sebab itu nabi sebut, solat yang paling afdal adalah solat di rumah kecuali solat fardhu buat di masjid. Tapi kalau dirumah langsung apa sembahyang sunat pun tak pernah dibuat, ingat bimbang takut syaitan makhluk halus dia suka rumah tersebut.

        Yang ketiganya adalah rumah yang kotor tak dijaga kebersihan, busuk dan macam-macam lagi. Tolonglah jaga kebersihan.” ujarnya.

Video tersebut juga dikongsikan di akaun Instagram beliau, dan memuatnaik perkongsian tersebut di media sosialnya. Ustaz Elyas juga menulis sedikit coretan, mengingatkan pada diri dan orang ramai agar sentiasa beringat dan berdoa agar Allah SWT pelihara kediaman dari makhluk halus.

“Memang seram kalau dalam rumah jadi macam ni.. Walaupun rumah sendiri.. Kena beringat sentiasa, moga Allah pelihara kediaman saya dan kita semua..” tulisnya meninggalkan pesan.

Melihat video yang dikongsikan pendakwah ini di Instagramnya, ramai warganet mengucapkan terima kasih atas perkongsian diruangan komen dan ada juga yang berkongsi cerita tentang pengalaman menakutkan yang mereka pernah alami di rumah.

        “Syukran ya ustaz”.

        “Terima kasih ustaz mengingatkan kami semua”.

        “InsyaAllah” komen mereka.

        “Masa tu solat lewat sebab letih.. Tetiba rasa takut sangat.. Dapat rasa ada seseorang rapat sangat dengan kita berdiri belakang.. Saya teruskan solat, nak nangis. Dalam hati sebut Allah banyak kali”.

        “Jiran sebelah tak jaga kebersihan.. Rumah dia memang kalau tetamu datang, ingat rumah bujang. Padahal tuan rumah dah berumur sebaya mak ayah saya.. Tempias dia pada kami. Awal-awal masuk rumah selalu mengugau malam. Bulan ramadhan kena denggi.

        Banyak kali kena bau bangkai, tak tahu datang dari mana.. Terbaru anak perempuan yang bongsu 2 tahun duk berlari-lari nangis, tiba-tiba kata nampak hantu.. Ujian kami” kongsi mereka.

Semoga Allah SWT pelihara kediaman kita semua dari makhluk halus.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 03:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8145 Replies : 71
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 8139 Replies : 140
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 51425 Replies : 322
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 213790 Replies : 5178
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 32554 Replies : 119
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 8012 Replies : 6
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 12847 Replies : 51
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 2066 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74834 Replies : 3019
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30651 Replies : 193

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061192 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list