CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Kedah] 10 tahun ‘hidup’ bertemankan lalat

[Copy link]
Post time 2-7-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. JEFRI menggunakan kertas perangkap lalat bagi mengurangkan masalah lalat di kedainya di Kampung Empa, Mukim Derang, Alor Setar.


ALOR SETAR – Kira-kira 20 keluarga di Kampung Empa, Mukim Derang dekat sini, berhadapan masalah lalat yang dikatakan berpunca dari ladang ternakan ayam berdekatan hingga menjejaskan kehidupan harian mereka.

Difahamkan, masalah itu bermula sejak 10 tahun lalu dan berpunca dari sebuah ladang ayam di Lembah Arang, Jitra.

Mohd. Jefri Abu Bakar, 48, berkata, masalah itu timbul setiap kali ayam ternakan di ladang itu dikeluarkan dan menyebabkan penduduk di sekitar kawasan itu akan berhadapan dengan masalah lalat.

“Selain masalah lalat, kami terpaksa berdepan dengan pencemaran bau hingga menyebabkan kami terpaksa membakar sesuatu yang wangi supaya bau busuk dapat dihindari.

“Apabila bau busuk hilang sementara, timbul pula masalah lalat hingga perniagaan terjejas. Saya terpaksa membuka kedai makan lewat sedikit supaya lalat akan berkurangan terutamanya menjelangnya waktu maghrib,” ujar bapa kepada tiga anak itu.


Katanya, ada bebe­rapa peniaga terpaksa menutup kedai makan kerana lalat terlalu banyak.

“Kami sebagai peniaga makanan kadang kala malu apabila menghidangkan makanan yang dipenuhi lalat selain ramai pe­langgan merungut.

“Bagi mengatasi masalah itu kami menggunakan kertas pe­rangkap lalat tetapi sehingga kini masih juga tak selesai,” katanya.

Sharipah Abdullah, 40, berkata, masalah lalat ini menyebabkan ada penduduk yang me­ngadakan kenduri berasa malu untuk menjemput tetamu.

Katanya, sejak musim durian di kawasan itu, ramai penduduk mengadakan kenduri kesyu­kuran dan terpaksa hidangkan durian dengan lalat yang ber­taburan di segenap tempat.

“Kadang kala bau busuk najis ayam itu menyebabkan kami berasa meloya dan termuntah terutamanya selepas hujan turun.

“Saya bimbang jika masalah ini tidak diambil tindakan segera akan memberi kesan kepada penduduk terutama kanak-kanak. Masalah kebersihan atau penyakit bawaan lalat ini boleh mengakibatkan cirit-birit atau keracunan makanan,” katanya.

Dia berharap pihak berkuasa turun padang mengatasi masalah itu dan sepatutnya ladang ayam tidak boleh beroperasi berhampiran kediaman penduduk.
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -bertemankan-lalat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040014 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list