CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDNHEP terima satu aduan harga ayam mahal

[Copy link]
Post time 1-7-2022 10:04 PM | Show all posts |Read mode
KPDNHEP terima satu aduan harga ayam mahal

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 1, 2022 @ 9:44pm  [email protected]




Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof (kanan) ketika mengadakan pemantauan bekalan minyak masak, telur ayam, ayam segar dan harga barangan di Lotus Tanjung Pinang, Georgetown. NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menerima hanya satu aduan membabitkan harga ayam yang dijual melebihi harga ditetapkan.

Sementara sebanyak 33 aduan lagi diterima KPDNHEP membabitkan harga barangan.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof, berkata bagaimanapun pihaknya akan melakukan siasatan lanjut sekiranya mendapat lain-lain aduan berkaitan.

"Kenaikan harga ini berkaitan dengan kos pengeluaran, berikutan barang itu bukan harga kawalan maka ia mesti disemak sama ada meningkat atau melebihi harga munasabah.

"Sepanjang tempoh antara 1 Januari hingga 30 Jun lalu, KPDNHEP sudah menerima sebanyak 74 aduan membabitkan harga ayam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Azman ditemui selepas mengadakan Pemeriksaan Op Ayam, Telur dan Minyak (ATM) Fasa 2 dan Pemeriksaan Jihad Tangani Inflasi Bantu Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup di Pasaraya Lotus Tanjung Pinang, di sini.

Mengenai dakwaan peniaga mengenakan caj bagi perkhidmatan potong ayam, Azman berkata, ia terpulang kepada pengguna sama ada mahu menggunakan perkhidmatan itu atau tidak kerana ia satu pilihan.

"Bagaimanapun aduan boleh dibuat sekiranya tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan, mungkin peniaga mengenakan caj tinggi dan tidak munasabah, kita boleh bagi nasihat kepada peniaga.

"Kuasa ada pada pengguna, tidak ramai yang guna 'kuasa pengguna' dan mereka boleh ke kedai lain yang lebih murah serta tidak kenakan caj potong ayam," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050310 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list