CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Ikan kurang, bisikan juga kian perlahan'

[Copy link]
Post time 28-6-2022 07:48 PM | Show all posts |Read mode
'Ikan kurang, bisikan juga kian perlahan'

Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 28, 2022 @ 7:43pm  [email protected]




Nelayan membawa hasil tangkapan laut untuk dijual ketika tinjauan di Pasar Bisik Kompleks Pendaratan Ikan Kuala Muda di sini. Beberapa nelayan yang ditemui mendakwa hasil tangkapan berkurangan sejak April lalu atas beberapa faktor termasuk cuaca, sekaligus menyebabkan harga jualan ikan meningkat sejak kebelakangan ini. - Foto DANIAL SAAD




KEPALA BATAS: Aktiviti berbisik dalam urusan jual beli ikan di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga di sini didapati suram berikutan hasil tangkapan yang dibawa pulang nelayan berkurangan kebelakangan ini.

Keadaan itu didakwa berlaku sejak April lalu, sekali gus menyaksikan peningkatan harga ikan pada ketika ini.

Tinjauan di pasar bisik mendapati kebanyakan peraih dan pengunjung perlu menunggu lama bagi nelayan tiba membawa hasil tangkapan.


Nelayan membawa hasil tangkapan laut untuk dijual ketika tinjauan di Pasar Bisik Kompleks Pendaratan Ikan Kuala Muda di sini. Beberapa nelayan yang ditemui mendakwa hasil tangkapan berkurangan sejak April lalu atas beberapa faktor termasuk cuaca, sekaligus menyebabkan harga jualan ikan meningkat sejak kebelakangan ini. - Foto DANIAL SAAD

Hasil dikatakan berkurangan sejak akhir-akhir ini manakala faktor cuaca yang menyebabkan laut bergelora tambah menyukarkan mereka pulang.

Seorang nelayan, Ahmad Saari, 67, berkata situasi itu dialami lebih 100 nelayan setempat sejak tiga bulan lalu, namun cekal turun ke laut bagi mencari pendapatan menyara keluarga.

"Jika dahulu boleh bawa balik lebih 500 kilogram (kg) hasil tangkapan sehari, kini nak bawa balik hasil antara 100 ke 200 kg sehari pun agak susah.

"Cuaca sekarang tidak menentu tetapi nelayan tetap turun ke laut sebab fikir banyak mulut perlu disuap, namun hasil tidak seberapa, malah apabila dihitung segala kos yang dikeluarkan, memang tidak bawa balik modal.

"Saya sebagai tekong (pemilik) kena fikir juga awak-awak (pekerja) yang nak cari rezeki. Kadang-kadang kami keluar jam 5 pagi pulang ke jeti lewat petang atau malam kerana hasil tangkapan berkurangan sedangkan sepatutnya kami pulang jam 11 pagi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad yang menjadi nelayan sejak lebih 20 tahun lalu berkata, kekurangan hasil tangkapan menjadikan harga ikan naik, namun nelayan masih menjualnya pada harga munasabah.

"Di pasar bisik ini, ikan kembung dijual nelayan RM8 sekilogram tetapi di pasar lain itu bukan di bawah tanggungjawab nelayan kerana mereka juga perlu mengupah pekerja dan sebagainya.

"Apabila dilihat, untung tidaklah sebesar mana kerana hasil yang diperoleh pun antara RM250 ke RM350 sehari.

"Macam saya perlu menyediakan kira-kira RM13,000 setahun untuk penyelenggaraan bot, membeli pukat baharu dan menukar minyak enjin," katanya.



Nelayan membawa hasil tangkapan laut untuk dijual ketika tinjauan di Pasar Bisik Kompleks Pendaratan Ikan Kuala Muda di sini. Beberapa nelayan yang ditemui mendakwa hasil tangkapan berkurangan sejak April lalu atas beberapa faktor termasuk cuaca, sekaligus menyebabkan harga jualan ikan meningkat sejak kebelakangan ini. - Foto DANIAL SAAD

Syukri Darus, 45, yang pernah menjadi tekong terpaksa menjual bot miliknya tahun lalu kerana sukar mencari pendapatan berikutan hasil tangkapan yang berkurangan.

"Hasil laut dah tak macam dulu dan berkurangan selepas tsunami pada 2004.

"Jika dahulu ikan kembung boleh dijual RM1 sekilogram, sekarang susah nak dapat. Saya terpaksa jual bot kerana tak bawa balik modal, malah tanggung kerugian.

"Sekarang saya cari rezeki dengan menjadi awak-awak, itu pun hasil tangkapan tak banyak. Sebab itu harga ikan sekarang agak tinggi tetapi nelayan tidak dapat buat apa-apa kerana ini bukan kehendak kami," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 03:59 AM | Show all posts
TT punya tajuk bikin confuse
ingatkan bisikan YT tadi..................................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039179 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list